Saturday, February 28, 2009

Sultanku...jangan salah pilih kawan


Semasa dahulu, saya bangga betul dengan Sultan Azlan Shah. Saya membaca sejarah hidupnya di dalam Dewan Siswa. Kala itu, usia saya masih muda. Saya bangga punya sultan yang cerdik dan terpelajar. Saya juga bangga keran Sultan Azlan Shah sanggup mengambil seorang anak kebanyakan sebagai suri hidupnya, seorang guru sekolah bernama Bainun.

Itu dululah…kini, lain sudah rasanya. Rasa hormat sudah makin menipis, diganti rasa mual dan meluat. Yang musykilnya, perasaan meluat itu sebenarnya lebih layak saya tempekkan kepada muka Najib Monggolia...eh, Najib Razak. Tapi, dek kerana Sultan Azlan sendiri sanggup menempekkan muka Najib Monggolia...eh, Najib Razak di istana, sanggup mengenepikan penasihat sebenar iaitu MB Nizar, maka kemeluatan saya berjangkit pula ke bawah duli tuanku...

Itulah, para sultan dan pembesar negara pun kena belajar hadis nabi. Jangan asyik belajar hingga ke luar negeri, dapat degree sampai PhD, tapi buta agama sendiri. Walhal, esok-esok mereka akan jadi ketua agama. Ketua agama apakebendenya, mengaji al-Quran pun salah tajwid dan herot makhrajnya!

Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, pilihlah kawan! Orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi tak sama dengan orang yang bergeng dengan tukang besi. Seorang dapat bau wangi, sorang lagi dapat tempias api besi. Mana sama.

Sultan Azlah Shah saya ibaratkan tersalah memilih kawan. Kawan dia dah baik sangat, MB Nizar...seorang penjual minyak atar yang terkenal. Kebaikannya merata-rata dijaja orang. Tak ada sedikit pun pernah kita dengar, MB Nizar pegi rampas anak bini orang, pegi letup anak dara orang dengan C4 atau C5, pegi ambik komisen berjuta-juta, pegi beli helikopter tak ikut prosedur, pegi beli kapal selam second hand, pegi beli kapal perang sudah usia 25 tahun, pegi ajak orang masuk parti dengan upah berjuta dan macam-macam cerita yang tak best didengar.

Tapi, Sultan Azlan Shah pegi juga berkawan dengan kaki onar...si Najib Toya...eh, Najib Razak! Najib yang dibenci rakyat dan disayangi kerabat. Yang sayang kat Najib hanyalah mereka yang dapat habuan, dapat projek dan komisen, dapat pangkat. Majoriti rakyat, meluat ya amat dengan Najib Toya...eh, Najib Razak. Meluat tahap cipan kata Din Rambu!

Itulah kesilapan paling besar yang dibuat oleh tuanku di negeri Perak. Mujurlah kesilapan ini dipelajari dengan cepat oleh Sultan Idris Shah dari Selangor. Dalam isu YB Eli, ha...dia serah bulat-bulat kepada MB Khalid. Yang best lagi...dia murka kerana ada orang suka intervence privacy orang lain. Ini kerja orang gila. Dan tuanku beri kata-kata perangsang kepada YB Eli agar tabah hati. Kan best gini...be gentle in any issue, do not show your bias becoz peoples will judge you easily…and they will not respect you at all!

Kesimpulannya, Sultan Azlan Shah kena buat U-Turn segera. Pegi anto jemputan kepada Nizar dan semua Exconya, kembalikan kekuasaan kepada MB Nizar dan insya-Allah selepas itu, tuanku akan dikenang sebagai sultan yang berjasa besar kepada rakyatnya…insya-Allah.

Friday, February 27, 2009

Erti penyerahan diri manusia kepada Allah SWT


Apabila kita sudah melafazkan kalimah tayyibah, iaitu dua kalimah syahadah, maka kita sudah menjadi seorang muslim. Maknanya, kita berikrar dan berjanji untuk menyerahkan diri kepada Allah SWT. We dare to surrender ourselves to Allah SWT. Therefore, kita akan menanggung segala buruk dan baik selepas penyerahan diri itu.

Inilah pun hakikatnya orang yang menyerah diri. Saya pernah bersembang dengan tok sedara saya yang menjadi British Army berpangkat Sarjan Mejar. Katanya, semasa British menyerah kalah, mereka pun ikut sekali menyerah kepada Jepun. Maka, itulah sebabnya Jepun boleh bertindak apa-apa sahaja kepada tentera tawanan. Hingga ramai yang keok di Burma semasa membina landasan keretapi.

Dalam sejarah zaman Nabi Muhammad SAW pun, apabila tentera musuh yang kafir itu kalah di medan perang, maka mereka menjadi tawanan dan mereka tertakluk kepada pihak yang menang. Itulah akhirnya, ada yang diberikan peluang menebus diri, menjadi muslim ataupun memberi khidmat kepada umat Islam sebagai mahar pembebasan.

Apa yang saya nak sebut, umat Islam hari ini majoritinya tidak sedar bahawa mereka apabila sudah mengucapkan dua kalimah syahadah, maka mereka tertakluk kepada peraturan penyerahan diri kepada Allah SWT. Maka, segala perjalanan diri WAJIB tertakluk kepada peraturan dan kaedah yang Allah SWT tetapkan. Tidak bolehlah memandai-mandai maknanya.

Malangnya, umat Islam yang ada ramai hari ini namanya sahaja menyerah diri kepada Allah; hakikatnya mereka melawan Allah SWT. Apa yang diperintahkan Allah, dan perintah itu sesuai dengan ‘perut’ mereka, maka all will be proceed. Tapi jika mereka tak setuju, kerana perut mereka tak boleh terima, maka mereka akan reject arahan Allah SWT.

Itulah kebejatan paling dahsyat zaman ini. Malangnya juga, yang menjuarai penolakan itu adalah terdiri daripada kalangan pemimpin Islam.

Semasa menghadiri satu pengkebumian baru-baru ini, pak imam yang membaca talqin mengingatkan si mati bahawa, Allah SWT itu Tuhan, Muhammad SAW itulah rasul ikutan, Al-Quran itulah panduan dan pedoman...saya terkerising dalam hati, hakikatnya talqin itu bukan untuk si mati tetapi untuk yang masih ada denyutan nadi...bahawa pesanan itu untuk diikuti oleh yang masih hidup supaya tidak kelak dibelasah di dalam kubur oleh dua malaikat Allah!

Cuba kita renung-renung, bolehkah majoriti umat Islam hari ini mengakui Allah SWT itu Tuhan mereka, kerana banyak perkara yang Allah arahkan, mereka tolak ketepi. Jika pada zaman Jepun, alamat kena tempeleng dan minum air sabunlah. Itu lebih bernasib baik daripada dipancung! Sudah namanya orang tawanan...once u surrendered, u’ve to follow any order given!

Bagaimanakah pemimpin yang engkar sunnah nabi, misalnya merampas kuasa secara bohong dan palsu, mahu mengaku Muhammad bin Abdullah SAW itu pemimpinnya. Apa yang nabi tunjuk, mereka engkari. Nabi suruh berkata benar; tetapi mereka suka mengonar. Nabi suruh amanah; tapi mereka suka pecah dan perintah. Nabi suruh selesai masalah cara bijaksana; tapi mereka langgar ikut suka. Tak dengar arahan mereka, tangkap dan bawa ke mahkamah!

Bagaimana pula pemimpin yang rasuah dan seleweng amanah rakyat nak mengaku jadikan al-Quran itu pedoman. Bukankah al-Quran sebut, orang beriman kena bertolong-bantu buat kebaikan dan cegah keburukan. Tapi mereka buat yang sebaliknya. Bagaimana mungkin mereka mengaku mereka mengikut al-Quran. Kata orang putih...they’re nonsense!

Saya hanya mahu menyatakan, kembalilah kepada Allah dan Rasul. Tak kira siapalah, orang biasa yang menoreh getah, para YB dan penjawat awam, MB dan pak menteri waima sultan dan agung. Semuanya tertakluk kepada akta, enakmen dan peraturan yang sama di sisi Allah. Semuanya kena patuh kepada arahan Rasulullah. Semuanya kena ikut kata Al-Quran dan as-Sunnah.

Saya lihat kepada mayat yang diturunkan ke liang lahad. Hanya dibungkus kemas di dalam kain putih. Kemudian dikambus sebelum ditinggalkan pergi. Saya terfikir, pak menteri hatta sultan atau MB, jika mati maka itu jugalah pakaian rasmi mereka. Darjah kebesaran dan pakaian mahal akan ditinggalkan. Maka, apalah sangatnya mereka merasa begitu besar kepala untuk tidak patuh kepada Allah SWT?

Pengajarannya, kemelut dan kekacauan di dunia ini berlaku lantaran sikap umat manusia yang sudah mengaku tunduk kepada Allah tetapi akhirnya enggan patuh dan melawan kata-kata Allah. Andai mereka ini pemimpin negara, maka mereka turut menanggung dosa rakyatnya.

Tapi, mereka orang-orang besar ini jarang yang mahu sedar daripada kesilapan. Mereka tahu kematian dan akhirat itu ada; tetapi itu semua hanya pemanis di bibir sahaja. Mereka percaya tetapi macam tak percaya. Sebabnya, merekalah punca segalanya. Jika tidak, ubahlah sekarang. Selagi kuasa masih ada, sebelum terlambat dan malaikat maut sudah di depan. Saat itu...ucapkanlah sayonara kepada segala harapan!!!

Wednesday, February 25, 2009

Isu Bahasa, antara sejarah, kini dan masa depan...di mana kita?


Isu bahasa adalah amat sensitif. Ia adalah cerminan jiwa bangsa. Teringat saya kata-kata Tan Sri P. Ramlee…Bahasa jiwa bangsa, bahasa melambangkan bangsa.

Entah bagaimana, saya ditakdirkan Allah SWT lahir berbangsa Melayu. Sedari kecil hingga dewasa, saya bertutur dalam bahasa Melayu. Memang saya juga boleh sedikit-sedikit bertutur dalam bahasa Inggeris dan Arab, namun Melayu tetap menjadi nilai jati diri saya.

Semasa di sekolah rendah, saya belajar Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Sains dan sebagainya lagi. Apabila meningkat sedikit remaja, mata pelajaran itu telah ditukar namanya. Kini saya mempelajari matematik, sains awalan dan sains paduan, geografi dan sebagainya. Nampak…pengaruh bahasa asing sudah menjalar masuk ke dalam bahasa Melayu.

Namun, semakin remaja dan tabiat rajin membaca memberikan saya pendedahan lebih luas mengenai bahasa. Sungguh pun saya belajar di aliran sains, namun jiwa bahasa dan sastera Melayu masih menebal. Saya suka menemui perkataan-perkataan baharu. Sungguh…bahasa Melayu tidaklah tohor perbendaharaannya. Bahkan bahasa Melayu adalah antara bahasa yang amat mudah menerima pembaharuan dan penambahan.

Semasa di pendidikan tinggi, saya berjumpa pelbagai perkataan baharu yang asalnya jelas diambil daripada bahasa asing, sama ada Arab mahu pun Inggeris. Bahasa Arab sahaja telah memberikan nyawa kepada ribuan perkataan untuk bahasa Melayu. Ilmu, kalam, ghaib, niat, syukur, kitab, majlis dan sebagainya adalah berasal daripada bahasa Arab. Manakala bagi bahasa Inggeris pula, perkataan baharu seperti motivasi, intimidasi, inovasi dan sebagainya lagi yang ada ‘si’ di hujungnya, banyak diambil daripada bahasa Inggeris.

Nah! Demikianlah fleksibelnya (juga daripada flexible) bahasa Melayu. Bahasa-bahasa asing lain dengan mudah mampu meresap masuk. Dan saya melihat ia adalah kekuatan bahasa Melayu, bahawa ia adalah bahasa yang mampu berkembang dan tidak statik membeku.

Sesungguhnya juga bahasa Melayu juga kaya daripada aspek seni dan sasteranya. Pantun, sajak, gurindam, seloka dan sebagainya adalah bentuk puisi yang mengasyikkan. Manakala prosanya pula ditandai dengan cerpen dan novel yang pelbagai. Kewujudan pelbagai genre sastera seperti drama, cerpen, novel mahu pun esei kritikan menjadikan dunia sastera Melayu matang dan berkembang. Ini menandakan hebatnya bahasa Melayu.

Begitu juga, kesungguhan beberapa organisasi pemerkasa bahasa Melayu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka juga Universiti Kebangsaan Malaysia, yang memang asal penubuhannya adalah untuk memperkasakan bahasa Melayu, telah memberikan harapan cerah kepada bahasa ini. Pelbagai bidang ilmu moden, seperti kejuruteraan, perubatan dan sebagainya mulai diwarnai dengan buku-buku berbahasa Melayu. Nampaknya, bahasa Melayu kian mendapat tempat yang istimewa.

Sayang seribu kali saying…segala kesungguhan kea rah memartabatkan bahasa Melayu mulai diregut secara kasar oleh Kerajaan Barisan Nasional. Atas nama mengejar permodenan dan kemajuan, maka bahasa Melayu makin dipinggirkan. Ia tidak lagi mendapat tempatnya yang sewajarnya, sebaliknya cuba disisih dan disimpan di dalam arkib sejarah. Ia hanya bahasa nostalgia. Bahasa murahan di dalam Dewan Sastera dan Budaya, tidak cocok membicarakan ilmu angkasa raya dan nuclear juga nano teknologi misalnya.

Maka, makin lama bahasa Melayu makin lemah. Anak-anak Melayu yang cerdik tidak lagi diasuh pemikirannya dengan prosa dan puisi yang halus mulus. Tinggallah mereka yang kurang cerdik mengulit naskhah A. Samad Said dan Shahnon Ahmad. Atau tunggang-terbalik mengkaji puisi Melayu yang dianggap tiada langsung masa hadapannya.

Salah siapakah semua ini? Panjangnya penulisan...sedang A. Samad Said sudah menyatakan...tindakan tidak bertanggungjawab dan jauh daripada hemah inilah kelak yang akan menggelapkan anak bangsa.

Katanya..."Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu. Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti."

Monday, February 23, 2009

Mengenali Nizar menyejukkan hati

Apabila seseorang yang dihormati kerana kebaikannya, maka orang itu akan terus diingati. Inilah yang berlaku di Kelantan Darul Naim. Kebaikan yang dimiliki oleh sosok kecil Tok Guru, menundukkan ramai orang. Mereka hormat kerana sayang bukannya takut. Tok Guru tidak pernah menjatuhkan aib sesiapa. Maka, itulah sedikit bayangannya muncul di Perak, lewat perlantikan tanpa duga Ir Nizar sebagai Menteri Besar.

Lama dahulu…jangan kata orang Kelantan, kami di Perak pun tidak mengenali sangat sosok tinggi gagah Ir Nizar. Bahkan, mungkin jika terlanggar bahu di pasar, kami mengingatkan dia seorang cina. Matanya yang sepet dan iras wajahnya memang seorang cina, kerana ibunya memang seorang cina. Rupa-rupanya, Allah SWT menyimpan Ir Nizar untuk menjadi MB kami. Sungguh tak disangka.

Apabila Ir Nizar menjadi MB, baharulah rakyat sedar siapa beliau. Bukan sekadar jaminan kelayakan akademik yang begitu tinggi…tetapi juga pakej lain yang ada pada diri Ir Nizar. Saya sendiri tidak menyangka, dengan imej seorang aktivis PAS berjanggut sejemput itu, dia rupa-rupanya adalah manusia yang hebat seakan bayang Tuan Guru yang muncul di Perak.

Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusan luar negara; tapi juga seorang ‘ustaz’ yang sering mengajar di masjid dan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik, malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadar fasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!

Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyat Perak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliau berkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga. Jarang orang Melayu-Islam-PAS yang mampu bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!

Apabila Nizar bertamukan orang India, maka lancar sahaja lidahnya berbahasa tamil. Sekali lagi kami terkedu. Apakah Ir Nizar ini anak ‘buluh betung’ yang mampu berbicara dengan sesiapa sahaja?

Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah, Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang sama dengan mereka. Lalu ia memudahkan ‘cerita’ dan Pak Arab setuju datang melabur ke Perak. La…rupa-rupanya Ir Nizar kami fasih juga berbahasa Arab!

Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah. Jika sudah bertahun di luar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasa Inggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!

Kemudian, kami di Perak tambah teruja apabila MB kami ini rupanya sangat sayangkan Bahasa Melayu. Siapa pun tidak menyangka, rupa-rupanya dek kerana sayangkan bahasa ibundanya sendiri, maka Ir Nizar lama sebelum menjawat jawatan MB telah membawa anaknya menyaman Kerajaan Malaysia. Samannya berasas, kerana Kerajaan Malaysia telah melanggar hak Bahasa Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Perkara 152. Sungguh bangga kami mempunyai MB seperti Ir Nizar…sayangnya bukan setakat di mulut tapi di kota apa yang dikata.

Apabila bergelar MB pun, Ir Nizar tetap mengekalkan watak seorang lelaki biasa. Tidak pula kelihatan dia memasang ‘body guard’ keliling pinggang. Bahkan, apabila Nizar menjadi MB lah, maka kediaman Menteri Besar di Ipoh makin terbuka untuk rakyat. Merasalah kami memijak aspal dan rumput di dalam kawasan kediaman MB. Jadilah…

Ir Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya. Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudah jadi santapan biasa. Bukan haram pun…bahkan itulah yang rakyat suka.

Apabila diteropong kepada isterinya pula, lega hati…tak adalah pula Datin Seri Fatimah sudah naik ‘tocang’ dengan ternobatnya suami menjadi MB. Masih lagi bertudung litup, masih sopan berkerudung dan berkurung. Masih sopan melayan tetamu dan pengunjung. Tidaklah berubah menjadi ‘kaduk naik junjung.’

Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami ini berwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat. Anak-anaknya dihantar ke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah juga seperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalah seperti ayahandanya.

Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar. Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka, dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dan dakyah. Semuanya agar imej MB Ir Nizar yang baik bertukar comot dan kelam.

Semuanya ditangani dengan baik oleh Ir Nizar. Namun, kami rakyat Perak sedar…tidaklah semuanya sempurna 100 peratus. Adalah sedikit-sedikit kesalahan yang beliau terbuat atau terlepas pandang. Namun, semuanya masih boleh dimaafkan. Bukanlah besar sangat pun.

Malangnya, kesalahan kecil itulah diperbesarkan. Isu pemberian tanah kepada orang cina menjadi bahan utama. Kasihan MB Nizar. Takkanlah memberi tanah kepada rakyat Perak itu salah. Lainlah memberikan tanah kepada orang Singapura…macam terlepasnya Pulau Batu Puteh…tapi, penjelasan dan penafiannya tidak didengari. Mereka asyik mengecam dan mencaci. Kasihan MB kami.

Kini, puaslah agaknya hati para pendengki itu. Mereka sudah berjaya menafikan hak MB kami. Ir Nizar dipaksa turun dari jawatannya. Mereka peralatkan sultan. Mereka peralatkan media. Mereka jaja nama tuanku. Kononnya Ir Nizar sudah derhaka. Lalu, mereka angkat sumpah menjadi MB baru…walaupun MB Nizar masih MB yang sah.

Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. Anak Kampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke England dan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama di mana-mana. Sayang…seorang teknorat agama seperti ini difitnah oleh orang seagama, yang kemaruk kuasa.

Tapi kami yakin…tak lama lagi, beliau akan jadi MB semula. Kami yakin…kami percaya, kerana kami pegang janji Allah…siapa yang tolong Allah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan tapak kaki mereka. Amin…

Sunday, February 15, 2009

How to manage the Umno's Stupid-Manner


Tidak sukar membuat hipotesis kesinambungan bodoh-sombong Umno yang kini sudah melarat dalam batang tubuh pelbagai agensi di bawah kerajaan. SPR dengan ‘bodoh-sombong’nya mengenepikan pandangan umum dengan menetapkan tarikh PRK pada 7 April…alahai Tan Sri woiii…macamlah rakyat Malaysia tidak tahu apa yang akan dan sedang berlaku sebelum Mac 2008 ini!

Pemilihan Umno adalah suis yang akan memastikan lampu Najib…hidup-mati masa hadapannya. Betul tak…bayangkan jika PRK ini dimenangi Pakatan Rakyat…gelaplah sudah harapan Najib, segelap harapannya nak merasa duduk di kerusi PM di Putrajaya.

Kini, kita ingin mengajak rakyat Malaysia memberikan sesuatu yang terbaik kepada negara. Malaysia ini kita yang punya. Bukan Umno atau BN. Hak memilih pemerintah adalah hak kita. Apa pasai Umno dan BN ketegaq sangat nak serah kuasa. Apa depa ingat, Malaysia atau Perak ni pak penakan depa yang punya ka?

Maka, mari kita tengak…apakah sumbangan kita kepada Malaysia @ Perak?
Saya nak bagi beberapa idea:

Satu: Sebarkan info sebenar penyelewengan Umno. Benda ni tak boleh buat sekerat-sekerat. Pasai rakyat kita kadang-kadang cepat lupa. Ia adalah continuously job. Ala…sambil-sambil sembang tu…kat mana-mana je la, masukkanlah jarum sikit-sikit…bukannya suruh benci tak ketahuan, sebab dalam kaedah syarak pun sebut, orang yang kena zalim boleh dedah kesalahan dan memerangi penzalim…

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim,” (al-Baqarah: 193)

Dua: Buat laporan polis kepada semua salah laku penyokong-penyokong BN. Ala…macam hari ini, ramai yang dok hunus keris dan dok belasah orang-orang bukan Melayu…ikutkan ini semuanya sudah jadi isu rasis…perkauman, ha…pakat buat report ramai-ramai…biar polis pening! Saya tak dapat bayangkan jika setiap hari ada report polis…memang polis jadi pening…habis kertas depa dok print report je…

Tiga: Beri tekanan kepada empat ekoq yang dok lompat parti tu…biar depa takut nak balik rumah, biar depa jadi kera sumbang…kalu boleh, beri tekanan hingga keluarganya sendiri boikot depa…jika tidak, dengan keluarga depa sekali kena boikot…jangan bagi muka…saya ingat la kan…paling lama depa tahan setengah tahun, lepas tu depa pun pakat surrender kepada rakyat…apa ingat boleh hidup ka kalau orang pakat boikot…mati kutu woi…nak-nak kalau bini dan mak bapak adik-beradik sendiri yang boikot…

p/s: "I have posted this posting to MSK's blog...and I would like to thank him for his courtesy and ease me to share my views through his blog, tqvm Bro MSK!"

I guest u're oxfordian and u're Umno's MP...mua ha...ha...


A farmer named Lakbir Singh was overseeing his herd in a remote pasture in Bolehland when suddenly a brand-new BMW advanced out of a dust cloud towards him.

The driver, a young Malay man in an Armani suit, Gucci shoes, RayBan sunglasses and YSL tie, leans out the window and asks the farmer, "If I tell you exactly how many cows and calves you have in your herd, will you give me a calf?"

Lakbir looks at the man, obviously a yuppie, then looks at his peacefully grazing herd and calmly answers, "Sure, why not?"

The yuppie parks his car, whips out his Dell notebook computer, connects it to his Cingular RAZR V3 cell phone, and surfs to a NASA page on the Internet, where he calls up a GPS satellite to get an exact fix on his location which he then feeds to another NASA satellite that scans the area in an ultra-high-resolution photo.

The young man then opens the digital photo in Adobe Photoshop and exports it to an image processing facility in Hamburg, Germany.

Within mere seconds, he receives an email on his Palm Pilot that the image has been processed and the data is stored.He then accesses a MS-SQL database through an ODBC connected Excel spreadsheet with email on his Blackberry and, after a few minutes, receives a response.

Finally, he prints out a full-colour, 150-page report on his hi-tech, miniaturized HP LaserJet printer and finally turns to the farmer and says, "You have exactly 1,586 cows and calves."

"That's right.Well, I guess you can take one of my calves," says Lakbir.

He watches the young man select one of the animals and looks on amused as the young man stuffs it into the trunk of his car.

Then Lakbir says to the young man, "Hey, if I can tell you exactly what your business is, will you give me back my calf?"

The young man thinks about it for a second and then says, "Okay, why not?"

"You're a graduate from Oxford and a Member of Parliament for Umno," says Lakbir.

"Wow! That's correct," exclaims the yuppie with the customary Umno's Wow Factor, "But how did you guess that?"

"No guessing required," answered Lakbir.

"You showed up here even though nobody called you, you want to get paid for an answer I already knew, and to a question I never asked.You tried to show me how much smarter you are, and you don't know a thing about cows.This is a herd of sheep...

Now give me back my dog."

Saturday, February 7, 2009

Sultan di hati rakyat…

Sejak kecil saya diajar bahawa sultan itu institusi mulia. Saya diberitahu bahawa sultan ada daulatnya. Sultan ada tulahnya. Jika tidak menghormati sultan, kita boleh ditimpa musibah. He...takutnya rasa. Tapi dalam dok takut-takut tu...waktu sambutan Jubli Perak Sultan ke atau Keputeraan Sultan ke...ada juge kawan-kawan sebut... “Daulat Tuanku...Bulat Tuanku...” Peliknya, hingga ke hari ini mereka itu semuanya hidup sihat je, tak ada yang kena tulah pun.

Saya suka membaca kisah rakyat. Orang putih kata fairy tales. Biasalah, jika orang putih glamer dengan Prince Charming-nya dan Cinderella-nya. Orang Melayu pula macam-macam versi. Kisah sang puteri terkena sumpahanlah, kisah anak orang kampung miskin yang akhirnya dapat menghilangkan sumpahan itu, kemudian mengalahkan ahli sihir dan akhirnya diterima menjadi menantu raja. Happy ending memanjang. Dalam diam, saya menyimpan hasrat untuk menjadi seperti itu...merasa kahwin dengan seorang puteri jelita dan tinggal di istana lalu...happily ever after...

Opps...rupa-rupanya itu semua hanyalah khayalan semata. Kita dibuai mimpilah jika mahu dapat kahwin dengan puteri raja. Jangankan puteri raja, anak perempuan tukang basuh di istana pun belum tentu...he...he...

Saya tak berapa kisah sangat fasal sultan. Iya, kerana sepanjang kira-kira 30 tahun lebih hidup di atas dunia ini, sekali pun sultan tidak pernah datang berjumpa saya, ibu bapa saya, atuk nenek saya, moyang saya malah...

Saya tak pernah merasa sesen pun wang dari sultan. Okaylah...sultan terlalu sibuk memerintah, walaupun mereka hanya tinggal kuasa dalam urusan agama, itu pun mereka wakilkan kepada orang lain juga, tapi mereka sibuk...namun, tiada seorang pun wakil istana yang turun ke bawah dan meninjau masalah rakyat jelata. Tak pernah pun saya merasa sesen wang dari wakil istana, secara peribadi. Bertanya khabar. Bertanya perihal pelajaran saya. Apa cita-cita saya. Ada tak ada pun, bila Ramadan dan Orang Besar atau Orang Kaya Daerah buat jamuan...barulah saya merasa seceleh wang dari kerabat istana.

Jika anda membelek kitab sejarah, Tanah Melayu asalnya tiada sultan. Parameswara yang tercampak jauh dari seberang menapak di sini dan akhirnya diangkat menjadi raja dan bermulalah era kesultanan Melayu. Itu yang berkembang hingga ke Perak.

Jika anda rajin menelaah Kitab Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang (Bukan Tun Dr Mahathir ya...), lagilah powernya asal-usul raja-raja Melayu. Kononnya turun dari kayanganlah dan sebagainya lagi.

Namun yang menariknya, di dalam kitab Melayu itu ada disebut tentang waadat, iaitu perjanjian di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Iaitu waadat bahawa raja apa peranannya dan rakyat apa peranannya.

Jika anda rajin lagi menggodek beberapa buku sejarah, anda pasti terjumpa kisah Laksamana Bentan dengan insiden Sultan Mahmud Mangkat di Julang. Dari sejarah itulah terbitnya pepatah ‘Raja adil raja disembah; raja zalim raja disanggah.’ Seorang penulis muda Sdr Faisal Tehrani ada membicarakan isu ini dan beliau membayangkan, itulah minda revolusioner Melayu yang telah muncul jauh lebih awal dari Revolusi Peranchis di Eropah!

Alamak...panjang berjelanya mukaddimah saya.

Sebenarnya, apa yang saya nak paparkan...dalam kehidupan kita rakyat biasa atau lebih teruk rakyat marhaen...kewujudan sultan tidaklah begitu memberi kesan. Sebab itu saya nyatakan, berapa ringgitkah wang saku sekolah yang pernah kita terima daripada pihak sultan? Yang ada...para sultanlah yang menerima elaun bulanan yang beribu-ribu nilainya. Dari mana wang elaun itu datang...? Ya, dari poket rakyatlah. Cukai yang dibayar saban tahun. Juga dari hasil-mahsul negara ini seperti balak, minyak dan sebagainya...

Sultan yang saya kenali sejak kecil hingga saat ini, amat jauh dengan apa yang saya dambakan dalam kotak kecil imaginasi saya. Sultan yang adil, sentiasa memerhati masalah rakyat bahkan pada dirinya wujud sentimen yang sagat rapat dengan rakyat jelata.

Sultan seperti Mansur Syah atau Alaudin Riaayat Syah, yang sanggup meronda malam mencegah kecurian. Atau sebaik Sultan Muhammad al-Fateh di Turki yang menyamar sebagai rakyat miskin demi meninjau senario kehidupan rakyat jelatanya. Semua sultan ini adalah sultan yang terlalu ideal mungkin....namun, mereka sudah berjaya membuktikannya.

Sultan sepatutnya perlu dekat dengan nadi dan detak jantung rakyat. Rakyat terkesima dengan kereta sultan yang hitam menjalar. Mak ayah saya di kampung hanya mampu bermotosikal cabuk, mereka turut terkesima apabila siren polis berdengung meminta laluan demi kelancaran kereta sultan. Mereka menelan liur melihat kemewahan yang terbuntang di depan mata. Hajat di hati teringin juga menatap wajah kesayangan sultan’ tapi cerminnya gelap pula. Maka, jadilah mereka melambai dari jauh...sedang sultan di dalam entahkan jaga entahkan lena...

Mungkin tulisan ini dianggap tidak menyebelahi sultan. Tak apalah, saya bukan ada apa-apa kepentingan pun. Sama ada saya memuji sultan atau sebaliknya, hidup saya tetap seperti ini. Saya perlu bangun seawal 3 pagi untuk menyiapkan diri, berkejaran di lebuh raya ke pejabat, kemudian petangnya bersesak dalam komuter dan LRT lagi sekali. Saya tak merasa dijemput dengan limousine hitam berkilat dan diiringi polis bersiren garang.

Ah...siapalah saya....di sisi Tuanku. Ampun Tuanku...mohon hidayah mengiringi kita semua, kerana di sisi Allah...kita adalah makhluk-Nya yang hina jua.

Cadangan reaksi PR Perak kepada MBH baru tu...

MBH Perak (MBH = MB Haram) mengatakan, MB Datuk Sri Nizar buta undang-undang apabila enggan meletakkan jawatan. Sakit telingan dan pedihnya hati bersalut mual mendengar celoteh MBH Umno ini! Jika dulu muka Tun M yang dibenci, kini bertambah lagi muka Najib dan si MBH ini.

Saya melihat, Umno adalah satu-satunya parti tua yang dah reput menunggu masa untuk mati, namun masih bernafsu muda dan ghairahnya tidak pernah padam. Inilah Umno. Mereka peduli apa dengan pandangan orang. Mereka peduli apa orang nak kata. Yang penting KUASA. Mereka akan mendapatkannya walaupun mereka terpaksa berbuat apa sahaja...termasuklah makan ludah dan kahak mereka sendiri!

Ada orang-orang Umno berkata: ”Dahulu kerajaan Perak dibayangi DAP = Cina, sekarang pula dibayangi bebas dan Melayu...sebabnya hampir semua Adunnya Melayu.”

Saya mencelah: ”Hanya orang Umno sahaja berkata demikian. Orang Perak sendiri merasa selesa, orang luar Perak pula yang berlebih-lebih.”

Ingin sahaja saya menambah...sebenarnya selepas ini Kerajaan Perak BN akan dikenang sebagai Perampas Kuasa Rakyat dan juga Kerajaan Haram.

Kebetulan kawan saya si Umno itu orang Kuala Pilah...memang banganglah bagi saya jika terus melayannya.

Sekarang, saya ingin mengajak anda melihat apakah tindakan balas atau reaksi yang sewajarnya diambil oleh PR. Saya tidak kata idea saya ini baik atau hebat, namun mungkin boleh difikirkan rasionalnya...

Satu: PR di Perak perlu memastikan baki Adun PR tetap istiqamah, kemungkinan besar usaha berterusan sedang dibuat bagi menarik lagi beberapa Adun PR ke dalam BN. Sudahlah kedudukan dua Adun ’bebas’ itu sangat rapuh...maka kelalaian PR mengawal Adun mereka yang 28 orang akan memberikan kesan lebih negatif jika tidak diambil tindakan awal.

Dua: MB Nizar dan semua exconya berhak menyaman MBH dan Exco-H yang baru kerana mereka dilantik atau memegang kuasa cara tidak sah. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya ada tindakan balas yang boleh membuka mata mereka bahawa ini adalah negara demokrasi bukannya monarki...

Tiga: Wujudkan rangkaian maklumat yang lebih efisien agar masyarakat desa khasnya di kampung-kampung pedalaman tidak ditipu oleh BN. Media mereka terlalu jijik memanipulasi berita. Jika ini tidak dilakukan, dikhuatiri akan ada masyarakat kampung yang termakan hasutan dan dakyah jahat Umno @ BN ini.

Empat: Semua Ketua Kampung dan JKKK yang sudah dibentuk perlu digembeleng terus sebagai unit di peringkat grass root PR. Mungkin sudah tiba masanya, PR memiliki rantaian intelligent sendiri di peringkat bawahan yang bertindak sebagai wadah menyalurkan info dan menggerakkan massa di Perak. Kewangan bagi menaja gerak kerja ini hendaklah dicari oleh PR Perak.

Lima: Menyaman SUK, Datuk Mufti dan sesiapa sahaja yang dirasai telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan PR. Datuk mufti misalnya, sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak; namun kenyataannya telah menunjukkan minda Umno-nya dengan membelakangkan al-Quran dan al-hadis. Adakah seorang tokoh agama seperti beliau boleh menerima perlantikan MBH itu walhal semuanya diselaputi kekaburan dan ketidak-sahihan.

Enam: Saman Najib Razak dan bongkar habis-habisan kebobrokannya. Imej Najib perlu dilihat terlalu kotor dan jijik. Dengan itu, rakyat akan memejamkan mata dan memekakkan telinga apabila melihat wajah Najib. Jika boleh sampai ke tahap orang geli mendengar suaranya dan menutup TV dan radio bila dia keudara. Jika boleh, jika gambar beliau di depan akhbar, maka akhbar itu tidak akan laku.

Tujuh: Gerakkan usaha memboikot media yang benar-benar merosakkan PR di Perak. Utusan memang sudah merasai kesannya. Kembangkan lagi kepada akhbar lain. Sebagai gantinya, perkembangkan akhbar Harakah, Suara KeAdilan, Rocket dan sebagainya. Juga akhbar internet yang difotostat dan diedarkan kepada massa.

Lapan: Gerakkan massa agar memboikot semua majlis rasmi yang melibatkan MBH bahkan sultan jika perlu. Ia melambangkan sikap rakyat yang enggan menerima suatu pembohongan dan penipuan yang berskala besar di Perak. Boikot ini pasti memberi kesan kepada mereka. Misalnya hari ini (7 Feb 09), MBH Zamri pasti terasa kerana kehadirannya ke rumah terbuka Tahun Baru Cina kurang diberi sambutan. Akhirnya dia akan sedar, dia adalah MBH yang tidak dikehendaki dan pastinya akan melemahkan semangatnya.

Sembilan: Minta seluruh rakyat Perak agar membuat majlis bacaan Yaasin setiap malam selama 40 hari / malam minta Allah SWT tunjukkan siapa yang benar. Umno takut dengan Yaasin ini. Kita tengak apa yang akan terjadi kelak.

Sepuluh: Gesa seluruh rakyat Perak memohon pelbagai peruntukan daripada kerajaan MBH yang baru ini. Jangan bagi peluang...gasak cuku-cukup.

Sebelas: Cari dua ekor kodok itu dan pandai-pandailah anda buat apa yang patut....

MB Nizar: Tegar dan Istiqamah...bagaimana dengan MB lain?

Apabila MB Nizar dan para exconya meneruskan tugas seperti biasa, ia melambangkan hati seorang lelaki yang tegar dan jiwa istiqamah. Bukan calangan manusia mampu melakukan semua itu. Setelah ‘dianiayai’ oleh sultan sendiri, dipecat secara hina, dihalau oleh SUK dari pejabatnya sendiri, bahkan kini dicop sebagai PENDERHAKA...semuanya bagaikan tidak berbekas kepada anak jati Perak ini.

Saya tabik berulang kali kepada keupayaan MB Nizar. Jika orang lain, mendengar titah sang sultan sahaja sudah terasa ketar lututnya. Namun MB Nizar sebaliknya. Mungkin inilah berkatnya beliau bersama jamaah Islam. Takut dan patuh hanya bulat kepada Allah SWT, bagi manusia masih ada batas-batasnya...walaupun kepada seorang maharaja!

MB Nizar, teruskanlah tugas anda. Rakyat berdiri kukuh bersama anda. Di samping itu, pertingkatkan munajatmu kepada Allah SWT. Moga-moga Allah memberikan karamahnya kepadamu. Manalah tahu, selepas ini tiba-tiba lidah si Datuk SUK yang celupar itu menjadi bengkok atau pendek hingga telor untuk berkata-kata!

Manakala kepada semua MB dan KM negeri PR yang lain, sudah tiba masanya anda bertegas dengan para SUK anda. Jika perlu, anda lantiklah SUK anda sendiri yang diakui adalah amanah dengan parti atau jamaah kita sendiri. Bagi SUK lama yang memang Umno itu, anda berikan mereka kerja-kerja lain...jadi pembancuh kopi, pengutip sampah, pencari fail dan penghantar surat misalnya. Anda bukan turunkan pangkat mereka, tapi anda ubah job spect mereka sahaja. Lambat-laun, mereka rasa ’down’ dan mungkin SUK yang berhati Umno ini dengan sendirinya akan menghantar surat perletakan jawatan...

Ya, kaedah yang sama boleh diaplikasikan kepada Bendahari Negeri, Pegawai Undang-undang, Timbalan SUK, YDP PBT dan lain-lain lagi. Ingatlah, kita sudah tiada pilihan lagi. Membiarkan mereka berada di dalam lingkungan kita dengan memperolehi segala maklumat dan kemudian mereka jugalah yang menuangkan racun tuba ke dalam mulut kita adalah tindakan paling bodoh.

Umno tetap Umno. Mereka tidak akan berubah. Walak dan ketaatan mereka ’absolute’ masih kepada Umno. Mereka mengharap-harap sangat apa yang terjadi di Perak akan berlaku juga di Selangor dan Pulau Pinang. Mereka mungkin sudah berangan-angan untuk menyalurkan apa-apa sahaja info agar imaginasi jahat mereka menjadi realiti di negeri-negeri PR yang lain.

Setakat ini, saya masih menantikan apakah reaksi MB Selangor, KM Pulau Pinang dan MB Kedah. Selangor khususnya, masih mengekalkan majoriti saki-baki Umno dalam pentadbiran. Mereka inilah petualang yang wajib dihapuskan. Bodohlah MB Selangor jika menghabiskan masa menjawab tuduhan dan fitnah. Masa itu boleh dijimatkan dengan mencari siapakah dalangnya dan berikan mereka ’hadiah’ yang setimpal dengan kejahatan mereka yang tersembunyi selama ini.

Sudah tiba saat dan ketikanya, anda tunjukkan kuasa seorang MB yang sebenar. Ingat, yang memerintah adalah parti dan bukannya diri anda. Jika MB Selangor mahu mengenepikan kehendak parti, malanglah bagi PR. Ingat, parti yang memerintah...bukan anda yang memerintah. Anda hanyalah wakil parti yang boleh bertukar ganti!

Friday, February 6, 2009

Datuk Hassan Ali...berbaloikah 2.4 peratus?

Datuk Dr Hassan Ali, exco agama Islam mungkin lega dan bangga dengan peningkatan 2.4 peratus pencapaian dalam Sijil Menengah Agama di Selangor. Ia melambangkan mood ‘feel good’ atau wujud keserasian dengan imej PR yang diwakili juga oleh Pas yang Islamik!

Namun, cukupkah dengan 2.4 peratus? Hassan Ali seorang motivator terkenal. Dalam ceramahnya dahulu, beliau sering menyebut pelbagai data dan statistik mengenai gejala sosial yang parah dalam masyarakat. Satu soalan yang ingin ditanya...sejak menjadi exco agama di Selangor...sudah adakah kajian saintifik bagi mendapatkan data terkini mengenai gejala sosial ini?

JAIS misalnya, sudahkah diover-haul kembali agar ’allignment’nya yang dahulu sudah begitu jauh lari dari matlamat sebagai pengawal umat Islam dan pengembang Islam kembali berfungsi? Atau anda sudah lupa, termasuklah Hassan Ali sudah lupa, bahawa selama lebih 10 tahun dahulu, JAIS adalah ’ejen’ rasmi Umno bagi menghapuskan ajaran Islam yang sebenar dan menampalkan ajaran Hadari yang sesat sebagai penggantinya!

Saya bukanlah terlalu skeptikal dengan JAIS. Ramai kawan dan sahabat saya berkerja di sana. Namun, anda boleh membuat kajian sejauh manakah JAIS memberi kesan kepada umat Islam di Selangor.

Suatu waktu dahulu, semasa JAIS longgar dari kongkongan Umno, maka Badar di bawah JAIS adalah intitusi yang digeruni dan disegani. Mantan Mufti Selangor Datuk Ishak Baharom telah menambahkan harumnya nama JAIS. Ketegasan mereka menangkap pesalah ratu cantik memberikan imej cukup mulia pada mata masyarakat.

Namun, kemunculan malaun Umno berwajah jijik telah merosakkan JAIS dan meranapkan imej putihnya. Datuk Mansor Ramli telah membawa anasir-anasir Umno yang jahat lagi jijik ke dalam JAIS. Akhirnya, JAIS dipenuhi dengan golongan yang membenci para ulamak, membenci Hudud dan sebagainya. JAIS diisi dengan orang yang jahil agama. Membaca al-Quran pun merangkak-rangkak bahkan bagi kakitangan wanita, menutup aurat pun ala kadar sahaja!

Naiklah Ketua Pengarah baru, jika otaknya masih otak Umno...tidak akan ke mana. Kini, Datuk Kushrin sebagai Pengarah JAIS. Apakah perbezaanya? Bahkan dialah orangnya yang memberi amaran kepada kakitangan JAIS agar tidak memberi sokongan kepada Pembangkang semasa PRU 12 dahulu! Adakah semua ini tidak sampai kepada pengetahuan Hassan Ali? Jika ya, tidakkah Datuk Kushrin ini merbahaya bagi PR untuk disimpan lama-lama?

Datuk Hassan Ali harus memberikan suatu suntikan baharu kepada JAIS. Tapi masalahnya, Hassan Ali sendiri makin lama makin layu. Semangatnya seolah-olah kian pudar. Jika dahulu semasa memberikan ucapan, ianya berdegar-degar... ”Saya akan membuat perubahan di dalam JAIS.”
Ah...kini...silap-silap beliau yang berubah...bukannya JAIS.

MB Selangor…Masih banyak yang kena ‘diperbaharui’

KeAdilan adalah sebuah parti berteraskan ‘reformasi’. Itulah slogan keramat. Tan Sri Khalid Ibrahim naik menjadi MB setelah menang dalam pilihan raya. Itulah juga slogan keramat yang memenangkan beliau, di samping ’Makkal Sakhti’.

Reformasi ataupun islah adalah proses yang berterusan. Apabila PR menerajui Selangor dengan Tan Sri Khalid sebagai MB-nya, maka ramai menjangkakan suatu reformasi bakal berlaku. Masing-masing ternanti-nanti...apakah reformasinya, apakah pembaharuannya?

Malangnya, penantian tinggal penantian. Terlalu lambat atau hampir tiada reformasi berlaku dalam struktur pentadbiran di Selangor. Muka-muka lama yang merupakan legasi Umno-BN terus menduduki kerusi empuk mereka. Tanpa memperlekehkan wibawa MB Khalid; namun tindakannya yang sebegitu lambat amat dikesali.

Hari ini, MB Selangor mengumumkan muka-muka baru dalam PKNS. Aduhai...lama sangat baru terfikirkah untuk melantik orang-orang daripada parti sendiri? Azmin Ali baru merasa menjadi Ahli Lembaga PKNS setelah hampir setahun Selangor diperintah parti sendiri. Kasihan beliau.

Saya melihat, MB Khalid sebenarnya terlalu berhati-hati dalam menjalankan amanah sebagai MB. Sifat sedemikian baik, namun ada keburukannya. Ya, dengan melarang ahli-ahli politik termasuk dari parti PR sendiri menjadi ahli dalam Majlis PBT misalnya; memang bermaksud mengekang campur tangan luar...namun tanpa sedar beliau telah melabelkan ahli-ahli parti sendiri adalah golongan yang tidak boleh diharap. Samalah seperti YB-YB Umno dahulu.

Ya...inilah maksud tersirat di sebalik larangan tersebut. Bayangkan, seorang ahli parlimen sendiri di Selangor tidak boleh menegur atau mempengaruhi keputusan PBT. Apakah Tan Sri Khalid fikir, ahli parti sendiri akan membawa kerosakan kepada negeri Selangor. Atas premis inilah...mungkin insiden MP Kapar Makinavasagam menjadi isu hangat tempoh hari.

MB Khalid harus sedar, matlamat dan niat PR adalah amat jelas jauh berbeza dengan Umno @ BN. Kita mahu merakyatkan segalanya, sedang mereka mahu mengkronikan segalanya. Apakah wajar menyamakan awal-awal lagi ahli-ahli parti sendiri dengan orang Umno @ BN?

Mungkin jawapan MB Khalid, ini adalah langkah pencegahan. Namun bagi saya, ia adalah langkah yang merosakkan negeri PR sendiri. Contohnya, dalam pemilihan tender kerajaan negeri berlaku ’ketirisan’ tanpa disedari. Iyalah, jika tukang pilihnya para atasan PBT yang merupakan orang-orang Umno...jangan haraplah mereka akan bersifat telus dan adil. Jika saya sendiri di tempat mereka, baik saya beri kepada ahli parti sendiri sebelum kuasa ditarik balik dan ahli-ahli parti sendiri tidak dapat apa-apa.

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: "Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri."

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.Firman Allah S.W.T. bermaksud: "Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam." (Surah Al An'aam: Ayat 45).

Wallahua'lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Bertarikh :

9 Safar 1430
5 Februari 2009

Defections roil Malaysian politics

Malaysia's national ruling party and the opposition are headed for a political showdown in the northern state of Perak over the defection of three legislators.

The Barisan Nasional (BN) claimed control of the state government after the three elected representatives, two of whom are facing corruption charges, quit their parties and backed the ruling party as independents.

The Pakatan Rakyat (PR), or People's Alliance, in a last-ditch attempt to hold on to power, refused to cede control of the state despite orders by the sultan to hand power to the BN.

The political crisis has sparked public outrage and widespread allegations that the defectors had been bought over by Umno, the main partner in the ruling BN.

The BN was denied the two-thirds majority for the first time in 40 years after the PR, a loose opposition coalition, made unprecedented gains in the March 8 general election.

Perak's sultan, or Malay ruler, had a day earlier consented to the appointment of a new BN government, the coalition that has run Malaysia for 51 years, but the opposition remained defiant and threatened legal action.

Political fallout

The Perak imbroglio is expected to improve the chances of Najib Abdul Razak, the prime minister-in-waiting, in the run-up to party elections next month.
The opposition alliance said it would mount a legal challenge to the decision by the ruler of Perak's decision to recognise the new state government.

Mohd Nizar Jamaluddin, who became the chief minister after the general election, was escorted from his office on Friday but insisted: "I will go about my job as usual."

He said he would only quit if he is removed by a vote of no-confidence in the state assembly.

"As far as we are concerned, this is the legal government," Jamaluddin said before the swearing-in of the new BN chief minister.

Later in the afternoon police stopped more than 1,000 opposition supporters from marching to the Iskandariah Palace, the venue of the swearing in of Zambry Abdul Kadir as Perak's new BN chief minister.

There were reports that riot police fired tear gas at opposition supporters protesting against the seizure of state power.

Local media reported that at least 10 people were arrested.

Perak was one of five states won by the three-party opposition alliance led by Anwar Ibrahim, the country's former deputy prime minister.

Anwar, who last year tried to seize power nationally with the aid of defecting government MPs, said the opposition alliance would not quit the Perak government but would appeal to the royal leader for fresh polls.

"Such a takeover [in Perak] is really a big blow to democracy and insults the wisdom of the masses," he told The Associated Press news, while calling for fresh elections.

Biadap: Sultan @ Umno...Apa Tindakan PR?

Melihat reaksi rakyat Perak, tidak kira apa bangsa…mereka protes dengan keputusan sultan.

“Mana boleh macam ni…kita sudah pilih Pakatan Rakyat. Bikin election lah...” Salah seorang lelaki cina bersuara bila saya mengajukan bicara.

Ya, malam 5 Februari 2009 di kediaman rasmi MB Perak meriah dan bersemangat. Saya sendiri menyaksikan, rakyat daripada pelbagai keturunan bersatu hati dan maksud – kembalikan hak rakyat; sultan wajar adil dan Najib jangan ganggu urusan Perak!

Saya tidak begitu mendengar apa yang disebut oleh beberapa pimpinan PR. Sementelah dewan utama kediaman MB memang sempit dan pembesar suaranya agak tenggelam dengan kebisingan suara dan hon kenderaan yang galak menzahirkan sokongan. Namun isinya saya tahu: MB Nizar adalah MB yang sah pada sisi undang-undang tubuh negeri Perak, ini adalah komplot jahat paling tidak bermaruah BN dan sultan jangan berlaku zalim!

Ya, apa-apa sahaja...asalkan kerajaan PR di Perak wajar diberikan peluang yang saksama. Kehilangan empat adun dalam sekelip mata penuh ’kekeliruan dan kekaburan’; tiba-tiba Najib senyum lebar bak hero menang pertandingan sabung ayam. Apa salahnya, DUN bubar dan pilihan diberikan kepada rakyat...kenapa sultan enggan dan semuanya dilihat memihak kepada BN. Jika SPR kita boleh fahami...tapi ini sultan, di manakah neraca pertimbangan penuh kebijaksanaan seorang graduan Oxford yang juga mantan Ketua Hakim Negara?

Saya kesal dengan apa yang telah terjadi. Namun saya lebih kesal jika PR khususnya di empat negeri berbaki gagal mengambil pengajaran. Amat mahal harga segala episod yang sudah berlaku di Perak Darul Ridzuan. Bukan dengan linangan air mata; tetapi maruah sebuah kerajaan yang sah namun dirobek begitu sahaja oleh tangan-tangan yang sepatutnya menjadi payung dan naungan rakyat di sana.

Satu: Andai institusi istana masih dianggap penaung yang adil dan saksama, maka itulah kesilapan kedua, ketiga dan keseterusnya yang akan menimpa semua negeri PR. Ingatlah, institusi istana di negara ini sudah lebih 50 tahun dijajah dengan pemikiran dan budaya Umno. Umno tanpa sedar telah merasuah istana dengan pelbagai mata benda. Anugerah balak, pasir, tanah dan sebagainya.

Apabila PR mengambil alih Perak, isu pasir misalnya menjadi ‘gendala’ yang tidak terungkaikan. PR di mana-mana negeri tidak lagi meneruskan tradisi memberi apa sahaja kepada istana. Adakah ini sesuatu yang direstui oleh para pemuka istana? Anda sendiri mengetahui jawapannya. Maka sebab itulah, sedikit kesilapan boleh merencatkan perhubungan PR dengan istana dan ia dijadikan sandaran menepikan PR walau terpaksa dianggap ’bodoh’ dan ’zalim’ oleh rakyat jelata.

Kedua: Nyahkan saki-baki tinggalan Umno dan BN dalam kerajaan dan organisasi negeri PR. Kita tidak boleh menjadikan mereka rakan apatah lagi sahabat. Jelas, betapa angkuhnya SUK Perak Datuk Abdul Rahman Hashim menghalau MB dan para exco-nya tanpa sedikitpun budi bicara. Inilah wajah sebenar mereka. Baik di Perak, di Selangor, di Penang, di Kedah mahu pun di Kelantan. Bezanya, Kelantan sudah lama ditadbir oleh PAS dan corak pemikiran rakyat Kelantan amat berbeza dan mereka amat menghormati Tuan Guru Nik Aziz itu sendiri, sehingga adakalanya dilihat ia melebihi hormat mereka kepada sultan.

Sekiranya pemimpin-pemimpin negeri PR di Selangor, Kedah dan Penang gagal menghapuskan saki-baki legasi BN @ Umno ini...ya, anda tunggulah kelak apa yang akan terjadi.

Tidakkah anda terfikir, siapakah yang menjadi dalang membocorkan semua rahsia atau maklumat penting seperti isu penyelewengan dan rasuah (jika benar) MB Selangor? Kenapa mudah benar Gerak beroleh info...kenapa Gerak tidak melaporkan satu helai pun salah laku pimpinan negeri BN, kenapa hanya PR?

Terus-terang, kerajaan PR kena gantikan saki-baki Umno @ BN ini. Khususnya Umno. Mereka adalah musuh dalam selimut. Manis di depan menyumpah di belakang. Lembut bertutur lidahnya bercabang. Maka, apa gunanya disimpan lagi semua ’tali-barut’ ini...nyahkan...YDP PBT, SUK, TIMB. SUK, Bendahari Kerajaan Negeri dlln. Jika tidak, anda tunggulah...ini bukan bicara kosong!

Ketiga: Kenakan tindakan tegas kepada kakitangan kerajaan negeri yang semasa zaman BN dahulu telah melakukan kesalahan nyata. Jika ini tidak dilakukan, maka ia tidak akan menjadi pengajaran kepada lain-lain saki-baki Umno untuk memberi hormat dan seterusnya menghormati kerajaan PR.

Lihat sahaja di Selangor, apakah tindakan kepada beberapa YDP PBT yang dahuluinya amat jelas diketahui ke-Umno-an mereka? Begitu juga di MAIS, JAIS dan Zakat? Tiada tindakan tegas dan dibiarkan sahaja. Akibatnya...saki-baki Umno merasa megah kembali dan makin besar kepala.

Kenapa begitu sukar mengenakan tindakan tatatertib kepada mereka? Adakah kerana mahu menjaga profesionalisme? Sebenarnya, tiada istilah profesional kepada puak-puak Umno. Jika sesama mereka sekali pun mereka sanggup hancurkan, sanggup bercah keting...apa lagi dengan musuh politik mereka.

Kesimpulannya:

Satu: Semua MB/KM di negeri-negeri berbaki PR harus bangkit daripada mimpi atau lamunan yang panjang. Anda tidak harus merasa bersalah memecat SUK anda...carilah apa sahaja alasannya, sebelum mereka bertindak menghalau anda sebagaimana SUK Perak.

Dua: Jangan anggap anda para MB profesional...kerana lawan anda para juak-juak Umno itu tidak kenal pun erti profesional. Persetankan istilah itu dan gantilah mereka dengan muka-muka daripada PR yang sudah terbukti mereka adalah kawan yang setia setiap masa.

Ketiga: Carilah jalan agar anda para MB dapat menundukkan pihak istana, sebelum mereka menundukkan anda. Jika anda para MB dan exco masih berbaik sangka dengan istana...anda akan mengalami apa yang dialami oleh MB Perak dan exco-exconya. Benar, sultan Perak berpesan dengan ayat al-Quran agar Nizar bersabar...rupa-rupanya, bersabar ketika mana Nizar dilucutkan jawatan dan dihalau dari pejabatnya!