Thursday, May 7, 2009

BIADAP: ungkapan terbaik untuk UMNO!




Biadap adalah lanjutan daripada KURANG AJAR. Namun jika anda dikatakan KURANG AJAR, maka ia lebih menyakitkan hati. BIADAP hakikatnya lebih teruk daripada KURANG AJAR. Ini kerana, adakalanya orang yang SUDAH CUKUP AJAR pun boleh jadi BIADAP. BIADAP kerana KURANG ADAP!

Inilah yang berlaku di Perak negeriku saat ini. Gerombolan manusia BIADAP, KURANG ADAP dan KURANG AJAR sedang mempertahankan KEBIADAPAN mereka. Inilah dia, manusia yang berdiri di atas nama Umno dan BN. Inilah manusia yang hilang maruah, hilang malu dan hilang harga diri. Hanya kerana kuasa, ya kerana KUASA...maka mereka sanggup menelan segala kahak dan lendir dan yang diludah oleh rakyat terbanyak di Perak ke atas muka mereka.

Apa lagi yang lebih ‘awla’ untuk mereka ini, satu lagi perkataan iaitu CELAKA. Ya, CELAKA kerana mereka mempersetankan segala peraturan dan undang-undang. CELAKA kerana mereka mempersetankan segala teguran dan kritikan. CELAKA kerana mereka berusaha menegakkan ’benang basah’ yang selama-lamanya tidak akan mampu bertahan. CELAKA kerana mereka adalah punca segala kekecohan di Perak. CELAKA kerana mereka sanggup diperalatkan oleh ’orang luar’ yang bukannya ’anak Perak’ sehingga mencemarkan imej Perak. CELAKA kerana merekalah manusia yang bertanggungjawab menghancurkan keutuhan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan di Perak. CELAKA kerana merekalah yang menjadi perosak kepada kemuliaan DUN Perak. CELAKA kerana mereka sanggup memperkudakan segala jentera kerajaan hanya kerana memenuhi hawa nafsu durjana mereka!

Aku tidak tahu, sampai bila mereka ini akan bertahan? Ini kerana, doa majoriti rakyat di Perak sentiasa bertali arus memohon keadilan dari Tuhan. Bahkan makian dan cacian serta sumpah seranah dari rakyat Perak juga sentiasa bertali arus. Jika cacian dan makian serta sumpah-seranah itu disebut setiap hari, maka ia menjadi doa. Maka memang CELAKA-lah kesudahan buat mereka. Memang CELAKA-lah nasib mereka. Memang CELAKA-lah akhirnya kehidupan mereka!

Soalannya...mereka tidak takutkah? Jawapannya...tidak, kerana hati mereka sudah mati. Ya...kerana hati mereka sudah mati. Hanya MALAIKATUL MAUT sahajalah yang akan menyedarkan mereka nanti!

Tuesday, April 21, 2009

Jikalah kita sedar, ke mana kita akan pergi...?

Jikalah para sultan ataupun pemerintah yang bertaktha dan berkuasa pada hari ini, sedar dari mana asal mereka dan ke mana mereka akan pergi selepas ini, nescaya mereka akan menjadi sultan dan pemerintah yang adil. Malangnya, amat sedikit golongan sultan dan pemerintah yang mempamerkan akhlak sebenar pemimpin sejati. Sekurang-kurangnya, dalam keterbatasan kuasa yang masih berbaki, iaitu dalam Jadual 9 Perlembagaan Negara, khususnya menyinggung agama Islam dan adat-istiadat Melayu, para sultan khususnya perlu memastikan ia dijana sebaik-baiknya.

Hakikatnya, para sultan adalah manusia terpilih. Mereka dipilih Allah SWT untuk lahir daripada rahim atau perut seorang wanita yang kebetulan menjadi isteri sultan, kemudian mereka terpilih untuk hidup dan membesar sehinggalah akhirnya mereka cukup bersedia menyarung jubah di raja ke tubuh mereka.

Dalam sejarah kesultanan dunia, sama ada di rantau ini mahu pun di sebelah barat, timur dan di mana sahaja, kita akan terjumpa dua jenis sultan. Pertama, sultan yang terkenal kerana keadilan, kebijaksanaan dan kewibawaan pemerintahannya. Kedua, sultan yang terkenal juga, tetapi kerana kezaliman, kedunguan dan kelemahan pemerintahannya. Sebab itulah, setiap orang sultan sewajarnya rajin mentelaah kitab-kitab sejarah lalu, meneliti bukan sekadar silsilah keturunan mereka, tetapi menggali akar kekuatan seorang sultan.

Ramai sultan yang mampu dijadikan role model kepada para sultan hari ini. Jika di alam Melayu ini, bukan sedikit sultan yang terkenal senusantara. Di Melaka, Sultan Mansur Syah, Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan antara sultan yang terkenal dengan kebijaksanaan dan keadilan.

Jika meninjau di Kepulauan Indonesia, kita akan terjumpa Sultan Merah Silu yang memerintah Pasai atau akhirnya menjadi Samudera, sebagai negeri Islam pertama di nusantara. Setelah memeluk Islam, beliau memakai nama Malik as-Saleh. Malik as-Saleh terkenal atas sikap dermawannya dan sentiasa mensyukuri rezeki kurniaan Allah.

Tapi jika nak lebih jelas sikap sultan yang baik, mari kita teropong kepada sejarah kesultanan Uthmaniyyah di Turki. Cuba kita buka lembaran sejarah kehidupan peribadi dan pemerintahan Sultan Murad misalnya atau anakandanya Sultan Muhammad. Mereka amat dikenali, bukan sekadar kehebatan empayar pemerintahan yang begitu luas; tetapi dek kerana keperibadian yang begitu menyerlah.

Sultan Muhammad misalnya, diberikan gelaran al-fateh atas kapasitinya membuka Kota Konstantine dari kerajaan Kristian dokongan Eropah, yang begitu lama dipertahankan mereka. Namun, sebelum baginda berjaya membuka sebuah kota, baginda terlebih dahulu membandingkan dirinya dengan sabda Rasulullah SAW, bahawa Konstatinopel hanya dapat dibuka oleh sebaik-baik tentera dan sebaik-baik raja juga sebaik-baik rakyat. Maka, baginda Muhammad telah menjadikan hadis itu sebagai pemangkin, demi meningkatkan keimanan dan ketakwaan sehinggalah akhirnya baginda berjaya menundukkan Raja Konstantine.

Sultan di Malaysia, bagaimana? Inilah yang menjadi mauduk bicara kita. Sayugianya sultan-sultan di Malaysia menjadikan kehebatan Sultan Muhammad al-fateh sebagai idola mereka. Adalah amat malang, jika mereka membiarkan diri terkurung dalam kemelut keduniaan. Hidup dalam sangkar kemewahan semata tanpa memikirkan masa hadapan rakyat jelata.

Rakyat di negara ini, semakin hari semakin jelak dengan segala macam penipuan yang dihadapkan kepada mereka. Apa yang tipu? Ya, rakyat bencikan slogan ‘Membela rakyat’, ‘Mohon restu rakyat’, ‘demi rakyat’, ‘perpaduan’ dan sebagainya, kerana si tukang promosi itu sendirilah yang mencetuskan kekecohan dan kebengongan. Begitu juga, rakyat tidak sanggup menerima jika seorang sultan menyatakan, mahu menegakkan keadilan bagi semua rakyat; namun pada masa yang sama bertindak sebaliknya.

Maka, oleh sebab itulah rakyat menuntut sultan-sultan menjadi pemerintah yang adil dan saksama. Misalnya dalam kekecohan isu politik di Perak, maka seorang sultan yang berada ‘di atas politik’ mesti menunjukkan sikap tidak berpihak yang jelas. Sikap sedemikian akan menyebabkan rakyat bertambah kasih dan sayangnya kepada baginda sultan. Maka, rakyat akan berdiri kukuh mempertahankan legasi kesultanan walaupun dihadapkan pelbagai tekanan.

Inilah, atas premis keadilan dan kesaksamaan, maka sewajarnya pihak yang berkenaan perlu kembali menilai diri. Adakah kita ini mampu menongkat langit menunjang bumi? Tidak, sampai saatnya kita akan pergi dan tak kembali lagi. Maka, tinggalkanlah nama yang harum, buat ingatan rakyat kepada anak dan cucu kita yang kita tinggalkan.

Jika harimau meninggal meninggalkan nama, kerbau mati meninggalkan tali, manusia mati meninggalkan bakti…wallahua’lam!

Wednesday, April 8, 2009

Nak tau apa kelemahan Umno..?

Nak tau apa kelemahan Umno…(pasai depa asyik dok nak kaji, apa punca rakyat tolak depa la ni…)

Wahai kawan-kawanku di dalam Umno, dek rasa kasihan belas yang amat tinggi di sanubari ini, maka teman pun dengan ikhlas hati mahu menurunkan beberapa kelemahan Umno. Moga-moga, lepas dari ini idak le lagi mekeme semua penin-penin memikio, membuat post-mortem dan suruhanjaya, demi mencari punca kekalahan mike dalam banyak pilihanraya kebelakangan ini.

Satu: Pemimpin Umno semuanya alim lagi warak. Ha…inilah puncanya, sebab pemimpin PR, baik PAS, PKR dan DAP mana alim apatah lagi warak. Hish…jika nak dibandingkan dengan Najib….kalah le Hj Hadi. Najib setakat kitab Matan Arbain tu dah lunyai dah dia hafal, Matala’al Badrain lagi le…pendek kata, memang alimlah si Najib. Hj Hadi…alah…mengaji takat mana je…entah-entah kitab Mari Bersolat pun tak khatam apa?

Dua: Jujur dan takwa pakaian pemimpin Umno. Yang ini…memang teman tabik spring kepada pemimpin-pemimpin Umno. Che mike chegoye tengok…Muhyidin Yasin setakat naik jadi imam itu perkara biasa. Memang tinggi iman dan takwanya, manalah nak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Anwar jadi imam pun agaknya terketor-ketor…Muhyidin relaks je. Cuba perhatikan ketua wanita Umno…hui…tinggi takwanya, memang bertaraf mujahidah, mana ketua wanita keAdilan atau PAS mampu challenge…tak mampu punya!

Tiga: Komitted dan mesra rakyat. Yang ini pun hanya diungguli oleh kepimpinan Umno. Cuba perhatikan, semasa berlaku apa-apa insiden seperti banjir dan tanah runtuh, deme le yang ke depan. Sanggup tido sebangsal dengan rakyat. Deme le yang sanggup nitik ayo mata bila tengak rakyat hidup susah di rumah setinggan. Deme mana sanggup runtuhkan rumah setinggan. Hanya pemimpin PR je yang tak berapa peduli nasib rakyat…yang deme tahu, hanya turun sekali-sekala ngulo bantuan je…manalah nak terlawan hebatnya pemimpin Umno.

Empat: Berilmu dan berkemahiran. Isk…mana ada pemimpin PR yang hebat-hebat. Kelulusan deme pun setakat darjah enam je, paling tinggi SRP dan STPM. Paling ghamei hanya ada kelulusan SPM. Dalam PAS lagi le, setakat sekolah pondok je…mana tau bahasa asing. Ini jika nak dibandingkan dengan pemimpin Umno, yang ber’PhD’…uish, usah dihitung le lagi…ghamei. Setakat diploma dan master, em…udah tak terhitung. Bidang apa yang deme tak ade, sebut je…jadi, manalah pemimpin PR nak terlawan.

Lima: Role model dan berakhlak. Ikh…yang ini lagi le malu…pemimpin Umno semuanya hebat, berakhlak mulia. Pendek kata, bab akhlak ni memang tak leh lawan. Nik Aziz pun kalah dibuatnya. Mana ada deme terlibat dengan skandal apa-apa, wanita ke, rampas kuasa ke, apa ke…sebab itu pemimpin PR penin nak saingi pemimpin Umno.

Ha…itulah dahulu serba sedikit punca kekalahan Umno dalam pelbagai pilihanraya. Yang di Batang Ai tu menang sebab, dia bukan Umno. Jika dia Umno, mesti dia pun kaki solat, tak salah guna kuasa dan teman gerenti…dia mesti kalah punye. Lebih baik deme undi wakil PKR…sebabnya dia kan bodoh, tak tinggi mengaji, jadi senang le nak dibeli ke atau apa-apa sahaja.

So, kesimpulannya…pemimpin Umno kena berubah, iaitu deme mestilah menjadi GANAS, BRUTAL, TANGKAI JERING, PILIH KASIH, SALAH GUNA KUASA dan sebagainya lagi, jika deme teringin nak menang balik pilihan raya. Jika tidak…hm…good bye forever le jawabnya…

Tuesday, April 7, 2009

Kemenangan paling bermakna..!

Ketika mana teman mengetik keyboard ni, di TV9 tengah ada slot Hujah. Teman ingat, deme nak ulas isu PRK di 2 Bukit dan 1 Batang...hampeh, memang bengap media massa di Malaysia ni. Deme pi bahas isu lain, kenaikan PM baru dan peluang ekonomi...uwekkk, nak termuntah hijo rasanya. Bukan apa...dah jelas di dua PRK rakyat menolak BN, che deme yang menang...tak cukup le saluran TV untuk deme membahaskan betapa kenaikan PM baru telah memulihkan keyakinan rakyat yang tidak terkira le lagi jumlahnya.

Uwekkk....teman nak gi muntah jap...

Ha...lega. Dah habih dah Hujah tu. Agak teman le kan, budak mana le nak tonton tayangan yang sebengap itu.

Apa-apa pun, teman mengucapkan alhamdulillah kepada Tuhan Rabbul a’lamin, kerana telah memberikan kemenangan kepada PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Ia adalah referendum rakyat yang jelas nyata. Tak payah nak dakwa-dakwi lagi. Paling ketara, bak pepatah...udah terang lagikan bersuluh. Disuluh pulak dengan toslet baru yang bebaterikan ebeready. Miau...!

Teman cuba membukok Harakahdaily...cis, udah disabotaj ke apa. Tak buleh mmbukoknye. Teman cube juge mmbukok Tranungkite...pun tak buleh juge... Huish, sah...memang ada yang sabotaj ni. Mujo le Perakekspress deme tak sekat juge...tidak, hampe le teman, jenuh nak memeyro ke lain le pulok!

Analisis teman mudah aje, di Semenanjung rakyat secara majoriti telah menyatakan bahawa PR adalah pilihan mereka. Ini kerana, rakyat di Semenanjunglah yang paling jelas melihat kelaku huduh Umno bila deme dapat kuasa. Di samping itu, rakyat di Semenanjung juga lebih terdedah dengan info.

Manakala, di Sabah dan Sarawak...mereka masih agak terlambat menerima arus perubahan ini. Jika di Sabah, munkin lain sedikit. Tapi Sarawak ni agak payah... Teman setuju dengan kata-kata pemimpin Gerakan, bahawa faktor pendalaman (rural’s factor) di Sarawak menjadi punca kekuatan BN.

Yelah, satunya menunjukkan betapa mereka mungkin tidak mendapat maklumat yang lengkap sebelum membuat pilihan, keduanya mungkin juga lebih mudahlah BN menipu apa yang patut...maklumlah, bawa peti undi berbatu-batu dengan helikopter...apa yang tak bisa berlaku? Ha...pikio ler sendiri yeob!!!

Alhamdulillah...suara PR akan lebih kuat lepas ini di Parlimen...maka tenggelamlah Najib hendaknya, amin.

Monday, April 6, 2009

Debaran kian memuncak di dua puncak…

Kawan-kawan ghamei yang nak turun membantu di dua bukit. Teman teringin sesangat; sayangnya perancangan tak menjadi. Teman sepatutnya dah berlepas ke sana hari Sabtu lagi, tapi ada halangan le pulak. Mak mentua teman dan geng-gengnya, udah berhari berkampung di Ayo Kunin, udah melilo mengempen sampe ghumah-ghumah nelayan cina di Port Weld tu pun deme peghi.

Teman merenung dari jauh je le. Teman tau, jika teman tak ke sana pun, udah ghamei yang memberikan tenaga demi kemenangan PR. Teman yakin, keikhlasan para petugas PR, insya-Allah akan menjadi benih kemenanan yang subur di dua bukit dan satu batang itu.

Dalam dok menanti saat mengundi (ni pun waktu teman dok ngetik papan kunci komputer ini, mungkin dah ghamei yang mengundi), maka debaran kian memuncak. Maklumlah, riak-riak kemenangan memang nampak berpihak kepada calon-calon PR. Baik di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mahu pun di Batang Ayo…

Dalam dok nunggu tu juge le, teman pagi ni dengor berite perihal si Najib yang sejak jadi PM ni nampak udah nak jadi baik le pulok. Mase di majlis bersama wartawan, dia kabo para wartawan dan media kena telus dan melaporkan berita yang ebrfakta serta tidak memihak. Adoi…mahu terkunje napas sesaat mendengo ayat Najib…bukan main lagi, indahnya bahasa macam novel Ayat-ayat Cinta.

Udah le, tak payah kita nak berbahas isu media di Malaysia. Buang mase sahaja. Jika nak ghase kebebasan berkarya, mendapat info yang telus dan menyeluruh, baik le mike bukak blog…Blog Perakekspress lagi telus dan berfakta berbanding web Bernama! Apalah yang kita nak harapkan daripada deme, jika setiap berita yang ditulih oleh wartawan, maka akan ditapis dan diayak…hingge yang keluo ialah berita tipu, putar belit dan kabur semata!

Dr M pulak, kabo dia pun tak sio jadi Penasihat PM. Tapi…dia akan tetap bagi nasihat. Apa le si Dr M ni, oghang nak lantik berjawatan rasmi tak nak, nanti mulalah nak menggila meroyan semula macam dulu. Ambiklah jawatan tu…tak pun kabo ke Najib, lantiklah lebih lagi…jawatan Menteri Kanan ke, Menteri Penasihat ke…

Tapi, dalam dok berdebo menunggu saat kemenangan ini, teman nak ngucapkan terima kasih kepada penyebor SMS. Teman pun dapat, katanya…jangan lupa solat hajat dan berdoa kepada Allah agar memenangkan PR dalam PRK ini. Teman dan anak-anak teman udah solat hajat semalam…jangan bimbang, insya-Allah kita menang!

Takbir 3X!

Sunday, April 5, 2009

Dr M Kembali (Hati-hati…jangan sakit jantung lagi)


Semasa dulu, Zunar pernah menggambarkan Mahathir sebagai PM yang paling lama duduk di kerusi itu sehingga jika boleh membawa ke mati. Saya masih ingat lukisan Zunar, betapa berkedutnya muka Mahathir; namun kerepot wajahnya tidak sebanding dengan hidungnya yang kian membesar. Kata Zunar, hidung yang kian membesar itulah lambang keegoaan Mahathir!

Kini, di Bukit Gantang Mahathir kembali beraksi. Saya terkerising mengenangkan betapa ketegarnya orang tua ini. Mungkin Siti Hasmah pun dah habis ikhtiar, bagaimana nak pujuk suaminya agar berenti daripada menyibukkan diri dengan kemelut politik ini.

Sebenarnya, Mahathir memang tak pernah bersedia untuk melepaskan jawatan PM. Benarlah apa yang telah digambarkan oleh Zunar, jika boleh Mahathir mahu mati keras di atas kerusi PM itu. Dia masih tak puas memerintah Malaysia walau sudah 22 tahun menempek di mahligai Corcosa Sri Perdana dan kemudiannya di Putrajaya. Jika boleh, dia mungkin nak jadi PM sepanjang usia...

Sebab itulah, Mahathir jadi cengeh tak menentu bila Pak Lah naik jadi PM dan mula engkar ’kehendak’ dia. Mahathir tambah meroyan bila anak menantu Pak Lah yang menjadi penasihat. Pasai apa Pak Lah abaikan Mahathir, sedangkan dia yang lantik Pak Lah. Memang kuang hajo Pak Lah, maka sejak dari itu Pak Lah adalah musuh Mahathir hingga memaksa dia belah dari Umno!

Mahathir mula memikio, apakah caranya agar Pak Lah turun takhta. Maka, Najiblah sandarannya. Maka, saki-baki pengaruh yang dok ada kena dipertahankan. Selain itu, satu-satunya waris Mahathir iaitu Mukhriz kena dimenangkan. Hm...sebenarnya, saya yakin bahawa Mahathir juga mungkin dok berangan agar Mukhriz kelak mampu menjadi PM sepertinya. Sayangnya...Mukhriz kantoi dibelasah Khairy...lagi le bengang orang tua ni!

Demi menunjukkan Najib membawa kesegaran baru kepada Umno dan negara, maka Mahathir sanggup melanggar pantang turun berkempen di Bukit Gantang. Bukannya apa, jika BN menang di 3 PRK kali ini, maka senyaplah segala cemuhan bahawa pertukaran Pak Lah dan Najib hanyalah kosmetik politik Umno semata yang tidak mampu memberikan apa-apa kesan signifikan kepada parti paling reput itu dan juga kerajaan BN yang la ni dah tinggal akar serabut tua. Akar tunjangnya dah lama putus...iaitu sejak Anwar diaibkan, kini akar serabutnya pun koho dok putus...semalam, 6000 lagi akar serabutnya terputus!

Mahathir mahu Najib mengikut katanya, tak macam Pak Lah yang degil dalam lembut. Bio Najib nak tunjuk kuat atau ihsan dengan bebaskan tahanan ISA dan harakah juga KeAdilan, tak apa...asalkan Najib follow Mahathir punya arahan. Jangan tak tau, entah-entah pembebasan itu semua pun atas nasihat Mahathir. Nak harap Najib, dia hanya tau angguk kehendak bininya sahaja.

Maka, berkokok berderailah Mahathir di Bukit Gantang. Peninglah Marina Mahathir, kenangan daddynya yang dioperate di IJN pun belum pulih, la ni daddynya dah langgar pantang. Apakah lepas ini dia kena kembali berumah di IJN? Apakah lepas ini dia kena tulih blog lagi...ada ka si Rocky nak beri sokongan moral lagi kepadanya...adakah lepas ini nak kena multi-faith prayer lagi...pening si Marina.

Namun, paling sedih dengan Siti Hasmah...apakah jika suaminya kembali ke IJN, maka ada jaminan semuanya akan pulih belaka. Maka Siti Hasmah pun berseloka...

”Tuailah padi di atas bukit, padi yang masak berwarna emas; apalah nak diharap orang yang sakit, lepas nolong orang kita yang lemas...hu...hu...”

Saturday, April 4, 2009

Teori RAHMAN dah berakhir, lepas ini giliran PR...insya-Allah!

Entah apa gerangannya, maka Najib yang secara terburu-buru mengangkat sumpah sebagai PM, sampe tak beredan membiokan Pak Lah dok lama-lama di kerusi PM, telah membebaskan Harakah, Suara KeAdilan dan 13 oghang dari ISA.

Semuanya ini apa? Rakyat bukan nak ucapkan terima kasih, tetapi gelihati melihat kelaku pemimpin Umno dan BN hari ini. Punya la ‘celaru’, kejap haram kejap halal…kejap tarik kejap lepas, kejap tahan kejap bebas…apa deme ni ingat ini main Polis Sentry ke?

Najib memikirkan, rakyat akan bertepuk girang dengan pengumuman ini. Apa...Harakah dan SK dah elok2 keluo, engkorang pegi sekat, lepas tu lepaskan...tak ade apa-apa yang baharunya. Kemudian, janji nak semak ISA, nak semak itu dan ini. Apa nak semak-semak, ISA tu layaknya dihapuskan sahaja, bukannya disemak lagi.

Saya pernah berdebat dengan saki-baki pemuda Umno tak lama dulu. Mereka bertegang urat mempertahankan ISA. Saya dah malas dah nak berhujah. Last-last saya kata, engkorang semua ni orang2 Umno, tak terfikir ke jika satu masa nanti PR dapat kuasa memerintah Malaysia seluruhnya, maka masa itu PR guna balik ISA tahan Najib, tahan Hamid Albar, tahan Sammy Vellu, tahan Nazri Aziz...tak pernah fikir ke?

Baru diaorang terdiam. Sebabnya, saya nyatakan dalam sejarah dah ada contoh. Zaman Bani Umaiyyah memerintah, mereka membelasah habis-habisan keturunan Ali. Sampai dalam khutbah Jumaat dah jadi wajib mencerca keturunan Ali. Dah tu, bila Bani Abbasiyyah pula ambil alih kuasa, maka itulah saat pembalasan. Habis segala kuburan khalifah Umaiyyah dibongkar kembali. Nak ke perkara yang sama berulang kembali?

Inilah dianya, yang saya kata orang2 Umno tak pernah belajo daripada sejarah. Deme ingat deme nak menongkat langit. Ingatlah...teori RAHMAN dan tamat. Najib dah angkat sumpah.

Sambil berseloro saya kata, lepas ni giliran PR pulak le memerintah...insya-Allah!

p/s: Semoga Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai ini menatijahkan kemenangan paling berarti buat PR dan rakyat Malaysia, amin.