Saturday, February 28, 2009

Sultanku...jangan salah pilih kawan


Semasa dahulu, saya bangga betul dengan Sultan Azlan Shah. Saya membaca sejarah hidupnya di dalam Dewan Siswa. Kala itu, usia saya masih muda. Saya bangga punya sultan yang cerdik dan terpelajar. Saya juga bangga keran Sultan Azlan Shah sanggup mengambil seorang anak kebanyakan sebagai suri hidupnya, seorang guru sekolah bernama Bainun.

Itu dululah…kini, lain sudah rasanya. Rasa hormat sudah makin menipis, diganti rasa mual dan meluat. Yang musykilnya, perasaan meluat itu sebenarnya lebih layak saya tempekkan kepada muka Najib Monggolia...eh, Najib Razak. Tapi, dek kerana Sultan Azlan sendiri sanggup menempekkan muka Najib Monggolia...eh, Najib Razak di istana, sanggup mengenepikan penasihat sebenar iaitu MB Nizar, maka kemeluatan saya berjangkit pula ke bawah duli tuanku...

Itulah, para sultan dan pembesar negara pun kena belajar hadis nabi. Jangan asyik belajar hingga ke luar negeri, dapat degree sampai PhD, tapi buta agama sendiri. Walhal, esok-esok mereka akan jadi ketua agama. Ketua agama apakebendenya, mengaji al-Quran pun salah tajwid dan herot makhrajnya!

Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, pilihlah kawan! Orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi tak sama dengan orang yang bergeng dengan tukang besi. Seorang dapat bau wangi, sorang lagi dapat tempias api besi. Mana sama.

Sultan Azlah Shah saya ibaratkan tersalah memilih kawan. Kawan dia dah baik sangat, MB Nizar...seorang penjual minyak atar yang terkenal. Kebaikannya merata-rata dijaja orang. Tak ada sedikit pun pernah kita dengar, MB Nizar pegi rampas anak bini orang, pegi letup anak dara orang dengan C4 atau C5, pegi ambik komisen berjuta-juta, pegi beli helikopter tak ikut prosedur, pegi beli kapal selam second hand, pegi beli kapal perang sudah usia 25 tahun, pegi ajak orang masuk parti dengan upah berjuta dan macam-macam cerita yang tak best didengar.

Tapi, Sultan Azlan Shah pegi juga berkawan dengan kaki onar...si Najib Toya...eh, Najib Razak! Najib yang dibenci rakyat dan disayangi kerabat. Yang sayang kat Najib hanyalah mereka yang dapat habuan, dapat projek dan komisen, dapat pangkat. Majoriti rakyat, meluat ya amat dengan Najib Toya...eh, Najib Razak. Meluat tahap cipan kata Din Rambu!

Itulah kesilapan paling besar yang dibuat oleh tuanku di negeri Perak. Mujurlah kesilapan ini dipelajari dengan cepat oleh Sultan Idris Shah dari Selangor. Dalam isu YB Eli, ha...dia serah bulat-bulat kepada MB Khalid. Yang best lagi...dia murka kerana ada orang suka intervence privacy orang lain. Ini kerja orang gila. Dan tuanku beri kata-kata perangsang kepada YB Eli agar tabah hati. Kan best gini...be gentle in any issue, do not show your bias becoz peoples will judge you easily…and they will not respect you at all!

Kesimpulannya, Sultan Azlan Shah kena buat U-Turn segera. Pegi anto jemputan kepada Nizar dan semua Exconya, kembalikan kekuasaan kepada MB Nizar dan insya-Allah selepas itu, tuanku akan dikenang sebagai sultan yang berjasa besar kepada rakyatnya…insya-Allah.

5 comments:

  1. SALAM
    Tapi mahukah sultan mengaku tersilap buat percaturan, bak kata orang terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya......
    Rakyat Perak semakin derita, sultan senang lenang di istana.
    Harus di ingat, raja yang patut disembah adalah raja yang dapat memberi keamanan kepada negerinya, yang mengikut lunas2 islam yang sebenarnya, yang berlaku adil kepada rakyatnya, sekiranya seseorang sultan yang tidak mempunyai ciri2 tersebut, baginda patut disanggah.

    ReplyDelete
  2. Salam Huzaifah

    Bila kenangkan Sultan Deghih yang begitu popular dengan kata2nya "Buat apa yang beta suruh, jangan ikut apa yang beta buat", berbanding dengan ungkapan Sultan Azlan sebelum jadi sultan, "Kepada Raja-Raja Melayu, jagailah institusi istana supaya institusi ini tidak dihantar ke muzium" ... lebih baik Sultan Deghih.

    Sultan Deghih hanya menyusahkan dirinya tetapi sayangkan rakyat manakala Sultan Azlan pula macam menyusahkan rakyat kerana terlalu sayangkan keluarga dan kawan-kawan.

    Ulang kata2 Sultan Melaka, "Kalaulah Si Tuah masih ada" ... Kalaulah Sultan Deghih masih ada ..

    Wallahualam

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Di Raja/Sultan Firaun yang gagah dan kaya pun dimusnahkan Allah kerana meletakkan dirinya berkuasa lebih dari Allah swt. inikan pula sebuah kerajaan yang kerdil seperti Perak DR.

    Saya berharap, sebagai pihak yang memegang AMANAH SEBAGAI PAYUNG KEPADA AGAMA ISLAM, segeralah kembali kepada AJARAN ISLAM YANG SEBENAR, YANG DI AJAR RASULULLAH SAW. INGATLAH BAHAWA KITA ADALAH HAMBA ALLAH SEBELUM ALLAH MENCABUT KUASA YANG DIPINJAMKANNYA.

    ALLAH HU AKBAR, WALLAH HU AKLAM.

    ReplyDelete
  4. memang sultan Azlan tersalah pilih..
    Hj Nizar tu jadi habuan Ngeh jer..ada ker patut Hj Nizar cuma dapat 10% jer komisen 90% DAP balun..

    isk..tak adil betul..
    apa apa pun.. tak payah la nak takbir2..tuhan dah tunjuk..kerajaan DAP yang korang agung agung kan dah takde..patut nya biar di perintah mcm kelantan atau kedah..baru sedap skit bang..islamic total..

    http://pi5au.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Salam,

    akira, tiada istilah terlambat di sisi Islam, melainkan berlakunya dua perkara. Pertama matahari terbit di ufuk barat dan keduanya nyawa sudah di tenggorokan. Sultan Azlan masih sempat buat perubahan jika dia nak, jika dia nak le...jika dia tak nak, dan masih nak bergeng dengan Najib Toya...eh, Najib Razak, maka rakyat akan memahat dalam minda dan tercatat dalam sejarah, sultan azlan adalah pemusnah peradaban moden...

    Mamamat,

    Saya sempat merasa idup zaman Sultan Idris, antaranya merasa raya awai dulu daripada negeri lain. Memang, sultan idris dalam certain aspects is much-much better rahter than others from his monarchy. Cuma, Sultan Azlan ni kena le pikio, jangan kerana ulah dia yang menyebabkan institusi istana dianto ke muzium taiping atau tersangkut di Galeri Azlan Shah di Bukit Chandan. Kala itu, Najib sudah tiada untuk mempertahankannya, kerana Najib sibuk mengira komisen kapal peronda usia 25 tahun dari Amerika!

    Pak Berahim,

    Firaun dulu dia sesat barat dan datangnya Musa dan Harun memberi ingat. Le ni, sultan sudah nak sesat dan datang Nizar beri ingat...tapi dia buat derk juge...esok-esok kita anto Ng Kor Ham ke tak pun Sivakumar beri dia peringatan...mungkin baru dia nak sedar kot...

    Megat,

    Do not show our weakness by our word, just keep silence and learn the situations...people never fart untill they can't delay it from blowing at all...

    ReplyDelete