Saturday, April 4, 2009

Teori RAHMAN dah berakhir, lepas ini giliran PR...insya-Allah!

Entah apa gerangannya, maka Najib yang secara terburu-buru mengangkat sumpah sebagai PM, sampe tak beredan membiokan Pak Lah dok lama-lama di kerusi PM, telah membebaskan Harakah, Suara KeAdilan dan 13 oghang dari ISA.

Semuanya ini apa? Rakyat bukan nak ucapkan terima kasih, tetapi gelihati melihat kelaku pemimpin Umno dan BN hari ini. Punya la ‘celaru’, kejap haram kejap halal…kejap tarik kejap lepas, kejap tahan kejap bebas…apa deme ni ingat ini main Polis Sentry ke?

Najib memikirkan, rakyat akan bertepuk girang dengan pengumuman ini. Apa...Harakah dan SK dah elok2 keluo, engkorang pegi sekat, lepas tu lepaskan...tak ade apa-apa yang baharunya. Kemudian, janji nak semak ISA, nak semak itu dan ini. Apa nak semak-semak, ISA tu layaknya dihapuskan sahaja, bukannya disemak lagi.

Saya pernah berdebat dengan saki-baki pemuda Umno tak lama dulu. Mereka bertegang urat mempertahankan ISA. Saya dah malas dah nak berhujah. Last-last saya kata, engkorang semua ni orang2 Umno, tak terfikir ke jika satu masa nanti PR dapat kuasa memerintah Malaysia seluruhnya, maka masa itu PR guna balik ISA tahan Najib, tahan Hamid Albar, tahan Sammy Vellu, tahan Nazri Aziz...tak pernah fikir ke?

Baru diaorang terdiam. Sebabnya, saya nyatakan dalam sejarah dah ada contoh. Zaman Bani Umaiyyah memerintah, mereka membelasah habis-habisan keturunan Ali. Sampai dalam khutbah Jumaat dah jadi wajib mencerca keturunan Ali. Dah tu, bila Bani Abbasiyyah pula ambil alih kuasa, maka itulah saat pembalasan. Habis segala kuburan khalifah Umaiyyah dibongkar kembali. Nak ke perkara yang sama berulang kembali?

Inilah dianya, yang saya kata orang2 Umno tak pernah belajo daripada sejarah. Deme ingat deme nak menongkat langit. Ingatlah...teori RAHMAN dan tamat. Najib dah angkat sumpah.

Sambil berseloro saya kata, lepas ni giliran PR pulak le memerintah...insya-Allah!

p/s: Semoga Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai ini menatijahkan kemenangan paling berarti buat PR dan rakyat Malaysia, amin.

Friday, April 3, 2009

Khir Toyo mungkin jadi bisnes man lepas ni


Khir Toyo sudah kalah dalam pemilihan agung Umno. Asalnya, peluang dia mungkin cerah. Maklumlah, wajahnya pun sudah cerah bercahaya, akibat tabiat pemakanan tempenya yang berkesan. Sayangnya, sata-saat dia nak masuk liga dan bersaing dengan Khairy dan Mukhriz itulah, kerajaan PR Selangor mula menyelongkar segala ‘khazanah’ tinggalan Khir sewaktu menjadi MB.

Khir mungkin bengang, isk…bukan mungkin, dia memang bengang. Bengang gile kata budak-budak sekarang. Sebab itu dia keluar statement dalam news paper, ada usaha mensabotaj dirinya yang didalangi oleh orang dalam Umno sendiri dan berkerjasama dengan parti lawan.

Saya sengih sampai ke telinga, itulah Khir yang sudah mula gelabah. Jika semasa pencalonan dahulu memang dia antara calon favourite. Kini, dia dah corot!

Saya tak pelik, bagaimana PNSB mengeluarkan wang yang begitu banyak bagi keselesaan Khir. Sebabnya, memang tabiat Umno untuk menyedut apa sahaja kemudahan yang ada, demi kesenangan diri. Khir ini hanya tak bernasib baik, kerana Selangor kini dikuasai PR. Jika tidak, mungkin dia sudah menang besar dalam pemilihan ketua pemuda Umno.

Bertuah sungguh Khir anak beranak, berjalan pusing dunia hingga ke Disneyland pun dibiayai oleh PNSB. Memang bertuah, memang mereka manusia pilihan. Maklumlah, jika rakyat biasa siapa yang mampu ditaja ke mana-mana sahaja. Semuanya kena mengeluarkan duit dan belanja. Jika tidak ada duit, maka duduk diamlah di rumah. Tengoklah muka anak bini lepas sorang…sorang!

Kini, Khir mungkin sedang termenung di meja makan sambil mengenangkan hala tuju dirinya selepas ini. Mungkin dia teringat, lebih baik sahaja membuka Klinik Gigi dan di samping itu menjual tempe. Maklumlah…bukan senang nak cari doktor gigi sehensem Khir yang mengamalkan tempe sebagai petua awet muda. Inilah masanya Khir mencuba bisnes pula.

Thursday, April 2, 2009

Tergedik-gedik menari di belakang Menteri: Apa maksudnya?

Beberapa kenalan menzahirkan rasa pelik, kenapakah Zahid Hamidi, Menteri Agama di Malaysia yang nampak lantang bersuara isu-isu agama, sanggup membiarkan perempuan cina seksi menari dan menyanyi di belakangnya. Namun, ada juga yang tidak merasa pelik, kerana kononnya…yang menari itu di belakang Zahid. Zahid tak tengok pun paha gadis cina tu…kata salah seorang kawan sambil berseloroh!

Persoalannya, kenapa mereka yakni masyarakat cina di tempat berkenaan tergamak membuat persembahan gaya seksi sedemikian, walhal Zahid Hamidi masih ada di hadapan?

Inilah persoalannya? Saya tidak terfikirkan pun isu budaya, kerana setahu saya orang-orang cina pun zaman dahulu tahu adab dan tau malu. Mereka pakai ciongsam hingga tutup segala, bukannya dedah-dedah dan dedah!

Saya menyatakan, perlakuan sedemikian tidak akan terjadi jika Nik Aziz ataupun Nizar sendiri yang hadir ke tempat mereka. Ini kerana, mereka hormat kepada apa yang dipegang sebagai prinsip oleh Nizar dan Nik Aziz. Hormat kerana prinsip dan hormat kerana takut lain. Inilah bezanya PAS dan Umno!

Saya juga amat yakin, apabila masyarakat cina sudah berani melakukan adegan seksi ‘di depan’ pak menteri sendiri…itu tandanya, mereka sudah hilang hormat. Saya ulangi, mereka kaum Cina sudah HILANG HORMAT kepada Umno.

Kerana apa? Ya…kerana dalam Umno sendiri mereka tiada prinsip yang jelas dan hakiki. Mereka kata pertahan agama; tetapi mereka memijak agama. Mereka kata pertahan bahasa; tetapi mereka lanyak bahasa…jadi, apa lagi yang ada pada Umno?

Umno juga terkenal dengan ‘perempuan.’ Najib sendiri begitu sinonim dengan perempuan…ah, ramai lagi dalam Umno yang terseret namanya dengan banyak perempuan. Pak Lah yang alim itu pun sukakan Michelle Yeoh…aduh…apa salahnya jika perempuan menari dan bergolek-gelek di depan pemimpin Umno?!

Jadi, inilah bayangan sikap dan rasa hormat orang bukan Melayu kepada Umno hari ini. Jadi…anda fikirlah. Apakah kesudahan Umno suatu masa kelak?

Datuk Siti pun ‘tunduk’ kepada Nik Aziz


Dalam negara ini, saya berani kata…rakyat kita boleh dibahagikan kepada beberapa segmen. Jika mereka minat bola, maka ada idola mereka sendiri. Jika mereka minat artis, maka Siti antara idola mereka, selain Mawi dan Jamal. Jika mereka minat politik, mungkin Anwar dan Nik Aziz. Jika mereka kaki filem, mungkin Rosyam Nor. Jika mereka orang akademik, mungkin Ungku Aziz.

Demikianlah manusia…sebab itulah, apabila Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K, menemui Tuan Guru Nik Aziz…maka apa yang saya bayangkan?

Ya, ia wajar ditauladani oleh jutaan peminat Siti. Bahawa, idola dan pujaan mereka juga, hakikatnya mempunyai idola dan pujaan hatinya sendiri, iaitu Tuan Guru Nik Aziz. Maka, wajarlah ia diajdikan contoh dan pengajaran.

Nik Aziz hakikatnya dikagumi bukan sahaja oleh Siti, bahkan Amy Search juga. Bahkan saya teramat yakin, ramai lagi artis yang mengagumi tok guru mursyidul am ini. Kenapa? Ya, kerana ‘kesederhanaan’ yang menjadi pakaian dirinya. Tidak ‘berlagak’ tak tentu fasal walaupun ‘jubah’ agawaman dan menteri besar juga dibadannya.

Inilah rahsia Nik Aziz. Saya yakin, jika diberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin paling utama memimpin negara ini, maka Nik Aziz boleh mengalahkan Najib. Ini kerana, Nik Aziz sudah membuktikan bahawa gaya kepimpinannya di Kelantan merentasi sempadan bangsa dan agama. Bahkan, ia dikagumi dan diiktiraf oleh pelbagai lapisan masyarakat di sana.

Maka, apa lagi bagi orang-orang kebiasaan yang tidak pun bertaraf VIP atau selebriti. Malulah kepada Datuk Siti…beliau sendiri mengagumi dan menghormati Nik Aziz. Jika orang Islam sendiri, khususnya di Malaysia masih mempertikaikan ajaran Nik Aziz, memperlekehkan kepimpinannya…paling penting, menolak ajakannya kepada Islam.

Nik Aziz adalah asset PAS dan Pakatan Rakyat. Maka, nasihat saya…manfaatkanlah beliau sebaik-baiknya demi perjuangan dan kemenangan kita, insya-Allah PAS dan Pr akan berjaya.

Kepelbagaian---Hanya 1 Citarasa!

Saya meneliti beberapa tulisan mengenai hari penamaan calon di Bukit Gantang. Mereka para penulis, memberikan sudut pandang yang berbeza. Menariknya, walau berbumbukan pelbagai rempah dan herba, ia hanya menghasilkan satu citarasa: Menangkan PR kuburkan BN!

Saya juga melihat suasana kempen di Bukit Selambau jua Batang Ai. Ada kawan-kawan sambil berseloroh, jangan cakap kuat-kuat…Dua Bukit Satu Batang…ini ada unsure kelucahan!

Ha…ha…apalah kelucahannya jika dibandingkan dengan kebobrokan melampau para pemimpin Umno memperkudakan segala. Saya kira, tindakan bodoh Umno dan BN inilah yang memenangkan Pakatan Rakyat. Ia adalah tindakan orang yang memang sedar dirinya sudah tidak diperlukan, maka diperketatkan segala peraturan dan dikenakan pelbagai tekanan, demi mendapat sokongan dan menutup kelemahan.

Jika dibandingkan demokrasi di Malaysia dengan Indonesia sekali pun, jauh ke belakang rupanya demokrasi di Malaysia. Harapkan bangunan sahaja tertinggi di dunia; tapi akal dan pemikiran para menterinya hanya bertaraf budak-budak tadika!

Kita amat berharap, para pemimpin dan ahli PR tidak mempunyai akal sesenteng BN. Sebab itu kita merasa pelik dengan segelintir calon bebas di Bukit Selambau. Dengan hanya satu alasan mudah, maka mereka menempek sebagai calon bebas. Adakah mereka sedar atau tidak, setiap calon bebas bukanlah calon yang baik.

Ini kerana, apabila menang maka mereka adalah bakal wakil rakyat dan untuk berkerja secara efisien maka memerlukan kumpulan. Maka mereka yang melantik diri sebagai calon bebas ini perlu ditolak lebih awal. Mereka ibarat ulat daun yang hanya mengganggu pertumbuhan pokok sahaja.

Calon-calon PR setakat ini dilihat memenangi hati rakyat. Itu yang lebih utama. Biarlah calon BN memenangi hati pemimpin mereka, menguasai media massa…itu tidak penting. Ini kerana, di hari mengundi nanti…rakyat yang kita ‘tawan’ hatinya sahajalah yang akan memberi kemenangan kepada kita, insya-Allah!

Wednesday, April 1, 2009

Mahathirisme kembali?

Sekonyong-konyongnya, Mahathir pun kembali ke ‘pangkuan’ Umno, berdiri di antara Najib dan Pak Lah dan mengangkat tangan bersama-sama. Ramai pemerhati mengandaikan, mungkin inilah titik permulaan ‘re-mahathirisme’ dalam Umno.

Najib…ah…apa ada pada batang tubuhnya yang bersalut pelbagai skandal itu. Sebab itu, ada akhbar membesarkan isu ‘kembali’nya Dr Mahathir sebagai ‘ubat kuat’ yang akan memberikan daya tahan dan rangsangan baharu kepada Umno.

Kelakar saya…Mahathir yang sudah reput di sana-sini itu pun Umno nak berpaut juga. Biarlah…elok juga, nanti mereka akan rebah bersama-sama.

Apa Mahathir begitu ‘suci’ bagaikan ‘wali’ sehingga Umno begitu yakin untuk menumpang ‘auranya’? Bagi saya, terlalu banyak DOSA Mahathir kepada rakyat. Ingat, PPSMI adalah buah tangan Mahathir. Mata lebam Anwar, tuduhan fitnah liwat dan sebagainya, angkara Mahathir. Mahathir sebenarnya menjadi beban yang tak mampu untuk ditanggung lagi oleh rakyat Malaysia.

Ada orang memberikan harapan, kononnya zaman Mahathir-lah Malaysia mencapai zaman ‘kegemilangannya.’ Maka, jika Mahathir kembali, ia akan ‘mengembalikan’ semua ‘nostalgia’ itu.

Tapi kita semua, khususnya mereka ‘para penggila’ Mahathir jangan lupa, itu senario sepuluh tahun lalu. Ketika mana kesedaran rakyat terhadap penyelewengan kuasa oleh BN masih rendah. Kala itu juga, rakyat masih mempercayai pelbagai pembohongan BN. Kini, semuanya sudah berubah. Rakyat sudah sedar, Malaysia ini terlalu kaya dan sepatutnya juga rakyat mendapat lebih banyak manfaat jika kerajaan yang ada tidak menyeleweng dan korup.

Dengan ketirisan ratusan juta bahkan billionan ringgit, maka rakyat yang menanggung derita. Harga minyak petrol yang sepatutnya rendah tetapi tetap tinggi. Harga minyak masak yang patutnya rendah pun, tinggi juga. Apa yang rendah…yang rendah ialah ‘rasa tanggungjawab kerajaan BN kepada rakyat’, dan mereka sentiasa ‘memandang rendah keupayaan rakyat.’

Akibat sifat memandang rendah kepada rakyat inilah, maka rakyat bangun memberikan ingatan. Sayangnya, Umno dan BN memang tidak mampu membuang perangai huduh dan bodoh-sombong mereka, maka mereka tetap merendahkan rakyat. Buktinya, rampasan kuasa di Perak, penggantungan Harakah dan Suara KeAdilan, penafian kuasa speaker DUN Perak, penafian hak kerajaan negeri Selangor dalam isu air dan sebagainya.

Ah…Rakyat sudah muak dengan sikap bodoh-sombong dan berlagak Umno dan BN. Maka, ambillah sesiapa sahaja, hatta 100 orang Mahathir, namun rakyat sudah PANDAI membuat penilaian.

Mahathir boleh datang dengan 1001 perancangan; tetapi jangan lupa perancangan Tuhan ke atas dirinya. Sebijak-bijak Mahathir, dia pun pernah ‘terkincit’ dibelasah rakyat semasa Reformasi 1990-an dahulu. Mujurlah ada polis dan FRU…buat mendodoikannya hingga terlena!

Aduh...Najib!

Tawadhuk dan Tanggungjawab…alahai Najib..!

Rasa sebak dada sampai nak teghoyak keluo ayo mata mendengar celoteh Najib. Macam alim dan warak sungguh si Najib anak Abdul Razak ini. Memang…manusia jika berkata-kata, maka lembut gigi daripada lidah. Jika berjanji lebih kuat daripada tali pengikat gajah.

Najib kata, dia memikul tanggungjawab sangat berat. Memanglah, pemimpin memang kena bertanggung jawab. Apa guna jadi pemimpin jika hanya tahu makan, berak dan berjalan sahaja. Orang tak cukup akal pun boleh jadi pemimpin jika begitu.

Najib memang bertuah. Dia tak payah bergelut dengan orang lain untuk menjadi presiden parti yang paling reput dalam dunia. Ku Li yang terhegeh-hegeh menempelkan wajahnya sebagai calon presiden parti, hanya boleh gigit jari dan bucu bantal. Gua Musang sahajalah yang sanggup dan berani mencalonkannya. Jika Ku Li bijak, dia sepatutnya sudah lama isi borang jadi ahli PKR atau PAS. Tak ada gunanya lagi menumpang di dalam kapal Umno yang dah bertampal sana dan sini.

Najib sejak muda belia dah merasa pegang pelbagai jawatan tinggi. Ini berkat tuah bapanya. Najib mana merasa angkat sepanduk dan regang tali poster macam kutu berahak dalam Umno. Najib hanya tahu datang dengan bergaya. Salam-salam-salam, bagi ucapan, bagi hadiah dan...blah!

Najib pula terkenal sebagai orang yang suka memporak-perandakan sesuatu. Jangankan rumah tangga orang, negeri orang pun dia sanggup porak-perandakan. Dia datang ke Perak, kemudian lagakan Nizar dengan tuanku sultan. Lepas itu, bila dua pihak dah bergaduh...dia cabut lari. Duduk senyap-senyap dekat Rosmah bini dia, macam tak buat salah apa-apa.

Masa dia pegang menteri pendidikan, dia pendekkan masa pengajian dari 4 tahun ke 3 tahun...dia porak perandakan universiti dan pelajarnya. Dia kacau budak-budak asasi sains. Dia nak tunjuk hebat, mungkin nak tandingi wibawa Anwar semasa jadi Menteri Pendidikan...tapi dia lebih merosakkan!

Najib semasa jadi Menteri Belia jika tak silap, pernah mendakwa pelajar Malaysia di luar negara perlu dikekang daripada Gejala 3 D, iaitu Disko, Dadah dan ’DAKWAH.’ Inilah Najib, menyamakan ’dakwah’ suatu kerja mulia dengan dadah dan disko. Memang kurang hajo namanya.

Masa dia pegang Menteri Pertahanan, lagilah...punya banyak skandal hingga tak larat nak sebut. Kapal selam dan Sukhoi termasuklah tender pemeblian Eurocopter...membuatkan kita rasa tercekik sahaja...komisen konon, peeerah Najib!

Kini, dia nak jadi PM kita....aduhai...tak dapat nak dibayangkan apa akan terjadi selepas ini. Jika Lim Kit Siang kata, Najib membawa awan mendung...saya berani kata, dia membawa ’bencana’ kepada kita semua.