Thursday, April 2, 2009

Kepelbagaian---Hanya 1 Citarasa!

Saya meneliti beberapa tulisan mengenai hari penamaan calon di Bukit Gantang. Mereka para penulis, memberikan sudut pandang yang berbeza. Menariknya, walau berbumbukan pelbagai rempah dan herba, ia hanya menghasilkan satu citarasa: Menangkan PR kuburkan BN!

Saya juga melihat suasana kempen di Bukit Selambau jua Batang Ai. Ada kawan-kawan sambil berseloroh, jangan cakap kuat-kuat…Dua Bukit Satu Batang…ini ada unsure kelucahan!

Ha…ha…apalah kelucahannya jika dibandingkan dengan kebobrokan melampau para pemimpin Umno memperkudakan segala. Saya kira, tindakan bodoh Umno dan BN inilah yang memenangkan Pakatan Rakyat. Ia adalah tindakan orang yang memang sedar dirinya sudah tidak diperlukan, maka diperketatkan segala peraturan dan dikenakan pelbagai tekanan, demi mendapat sokongan dan menutup kelemahan.

Jika dibandingkan demokrasi di Malaysia dengan Indonesia sekali pun, jauh ke belakang rupanya demokrasi di Malaysia. Harapkan bangunan sahaja tertinggi di dunia; tapi akal dan pemikiran para menterinya hanya bertaraf budak-budak tadika!

Kita amat berharap, para pemimpin dan ahli PR tidak mempunyai akal sesenteng BN. Sebab itu kita merasa pelik dengan segelintir calon bebas di Bukit Selambau. Dengan hanya satu alasan mudah, maka mereka menempek sebagai calon bebas. Adakah mereka sedar atau tidak, setiap calon bebas bukanlah calon yang baik.

Ini kerana, apabila menang maka mereka adalah bakal wakil rakyat dan untuk berkerja secara efisien maka memerlukan kumpulan. Maka mereka yang melantik diri sebagai calon bebas ini perlu ditolak lebih awal. Mereka ibarat ulat daun yang hanya mengganggu pertumbuhan pokok sahaja.

Calon-calon PR setakat ini dilihat memenangi hati rakyat. Itu yang lebih utama. Biarlah calon BN memenangi hati pemimpin mereka, menguasai media massa…itu tidak penting. Ini kerana, di hari mengundi nanti…rakyat yang kita ‘tawan’ hatinya sahajalah yang akan memberi kemenangan kepada kita, insya-Allah!

No comments:

Post a Comment