Wednesday, April 1, 2009

Aduh...Najib!

Tawadhuk dan Tanggungjawab…alahai Najib..!

Rasa sebak dada sampai nak teghoyak keluo ayo mata mendengar celoteh Najib. Macam alim dan warak sungguh si Najib anak Abdul Razak ini. Memang…manusia jika berkata-kata, maka lembut gigi daripada lidah. Jika berjanji lebih kuat daripada tali pengikat gajah.

Najib kata, dia memikul tanggungjawab sangat berat. Memanglah, pemimpin memang kena bertanggung jawab. Apa guna jadi pemimpin jika hanya tahu makan, berak dan berjalan sahaja. Orang tak cukup akal pun boleh jadi pemimpin jika begitu.

Najib memang bertuah. Dia tak payah bergelut dengan orang lain untuk menjadi presiden parti yang paling reput dalam dunia. Ku Li yang terhegeh-hegeh menempelkan wajahnya sebagai calon presiden parti, hanya boleh gigit jari dan bucu bantal. Gua Musang sahajalah yang sanggup dan berani mencalonkannya. Jika Ku Li bijak, dia sepatutnya sudah lama isi borang jadi ahli PKR atau PAS. Tak ada gunanya lagi menumpang di dalam kapal Umno yang dah bertampal sana dan sini.

Najib sejak muda belia dah merasa pegang pelbagai jawatan tinggi. Ini berkat tuah bapanya. Najib mana merasa angkat sepanduk dan regang tali poster macam kutu berahak dalam Umno. Najib hanya tahu datang dengan bergaya. Salam-salam-salam, bagi ucapan, bagi hadiah dan...blah!

Najib pula terkenal sebagai orang yang suka memporak-perandakan sesuatu. Jangankan rumah tangga orang, negeri orang pun dia sanggup porak-perandakan. Dia datang ke Perak, kemudian lagakan Nizar dengan tuanku sultan. Lepas itu, bila dua pihak dah bergaduh...dia cabut lari. Duduk senyap-senyap dekat Rosmah bini dia, macam tak buat salah apa-apa.

Masa dia pegang menteri pendidikan, dia pendekkan masa pengajian dari 4 tahun ke 3 tahun...dia porak perandakan universiti dan pelajarnya. Dia kacau budak-budak asasi sains. Dia nak tunjuk hebat, mungkin nak tandingi wibawa Anwar semasa jadi Menteri Pendidikan...tapi dia lebih merosakkan!

Najib semasa jadi Menteri Belia jika tak silap, pernah mendakwa pelajar Malaysia di luar negara perlu dikekang daripada Gejala 3 D, iaitu Disko, Dadah dan ’DAKWAH.’ Inilah Najib, menyamakan ’dakwah’ suatu kerja mulia dengan dadah dan disko. Memang kurang hajo namanya.

Masa dia pegang Menteri Pertahanan, lagilah...punya banyak skandal hingga tak larat nak sebut. Kapal selam dan Sukhoi termasuklah tender pemeblian Eurocopter...membuatkan kita rasa tercekik sahaja...komisen konon, peeerah Najib!

Kini, dia nak jadi PM kita....aduhai...tak dapat nak dibayangkan apa akan terjadi selepas ini. Jika Lim Kit Siang kata, Najib membawa awan mendung...saya berani kata, dia membawa ’bencana’ kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment