Thursday, March 19, 2009

Gerakan Islam Seperti PAS kena belajar dari sejarah


Lama dulu, saya pernah menekuni kitab-kitab kuning di sebuah pondok. Muallim saya datang dari Indonesia. Saya masih ingat, beliau menceritakan kehebatan perjuangan yang digagaskan oleh Pak Natsir. Sayangnya kata beliau, Pak Natsir yang hebat itu diperalatkan oleh Rejim Soekarno. Dengan berlindung di sebalik batang tubuh Pak Natsir, mereka merobek kekuatan gerakan Islam di Indonesia (yang saat itu sedang berjuang demi Negara Islam Indonesia).

Kita juga jangan sama sekali lupa, saat Peperangan Siffin sedang memuncak, kala itulah tentera Muawiyah bin Abi Suffian menjulang al-Quran yang dicucuk dengan tombak ke udara. Muslihat itu terjadi hingga tentera Imam Ali terbelah dua. Akhirnya Ali tewas dalam kemelut politik lewat Majlis Tahkim di tangan Amru al-Asy...sayang Ali, khalifah umat Islam yang diisyaratkan gerbang ilmu oleh rasulullah kalah pada Muawiyah.

Saya juga rasanya kita tidak patut lupa saat Regim Mesir di bawah Gamal Abdel Nasser digempur Yahudi-Israel, maka Ikhwanul Muslimin mengangkat senjata. Tercatat dalam sejarah, mereka mampu mengalahkan Yahudi itu akhirnya. Namun hingga kini, apa nasib Ikhwan di sana?

Begitu juga saat peperangan Mujahidin Afghanistan menewaskan Russia dan kerajaan Boneka, mereka mendapat dokongan ribuan jiwa mujahidin dunia. Akhirnya, ke mana pergi Gulbudin Hekmatyar dan ramai lagi jundullah di sana? Apa kesudahannya Afghanistan?

Apa yang saya paparkan di atas sebenarnya, untuk mengajak para pemimpin PAS yang diiktiraf dunia Islam sebagai Gerakan Islam, agar mencongak kembali untung rugi apabila berfikir mahu bersama Umno.

Saya naik muak dengan ungkapan kita mesti ’bertasamuh’ dan ’berlapang dada’ dengan Umno, demi kebaikan umat Islam dan rakyat Malaysia. Ingatlah, PAS hari ini berdiri kukuh adalah kerana kezaliman Umno. Kerana sifat dan sikap Umno, rakyat mengalihkan sokongan kepada PAS.

Jika nak dikatakan faktor PAS itu sendiri, sukar dibuktikan. Ini kerana, puluhan tahun PAS berjuang, adakah perjuangan PAS selama ini salah? Tidak, tetapi ketika itu rakyat masih yakin dengan Umno. Kini, bila rakyat dah membenci dan meluat dengan Umno dan menyatakan sokongan dan harapan kepada PAS, eh...eh...PAS pulak nak berbaik-baik dengan Umno.

Saya setuju dengan pendapat ramai pihak, Umno adalah parti yang istiqamah dengan ’taksub’ mazhab ’perkauman’ mereka. Umno adalah parti yang iltizam dengan usaha mengayakan kroni. Jangan lupa, Umno sejak dari pra merdeka adalah parti warisan penjajah yang istiqamah menekan musuh-musuh politik mereka.

Jadi...tak cukupkah dengan semua ini? Lantak ke mike le yeob, teman udah kabo...jangan mike kate teman ni menting diri, teman sayangkan jemaah sebab itu teman bersuare ghupe ini!

12 comments:

  1. Sebelum menghukum, tunggu dulu jawaban dari Tuan Guru Haji Hadi. Berilah haq seadilnya kepada pencetus isu.

    Kadang-kadang, kita membuka peluang musuh untuk mencerca pimpinan kita.

    Kadang-kadang emosi kita melebihi tuntutan ilmu.

    Insyallah, tidak lama lagi Haji Hadi akan menjawab segala persoalan.

    Saya amat hormati semangat ke’PAS’an anda semua.

    Artikel yang ada kaitan tajuk ini telah saya nukilkan http://peraknews.blogspot.com/2009/03/jika-ditoreh-pisau-nescaya-darah-saya.html

    Jemput membacanya.

    ReplyDelete
  2. apa alasan anda menulis artikel sebegini? nampak sgt ceteknya fahaman politik anda.
    anda kena belajar lebih lg untuk matang berpolitik. Jgn terikut-ikut dgn rentak lawan

    ReplyDelete
  3. Tok Selampit, insya-Allah saya sedang menunggu pandangan Hj Hadi dalam isu ini seterusnya...

    Ibn Said, jika saya 'gelojoh' menegur kepimpinan Hj Hadi, maka Nik Aziz lah yang mengajar saya sedemikian...

    Wallahua'lam!

    ReplyDelete
  4. statement hj hadi dan TG nik aziz kita kena lihat dlm sudut berbeza...sekali imbas kedua2nya nampak berlawanan tapi jika diteliti kedua2nya berada di atas landasan yg sama walaupon konteks berbeza.
    setakat ini yg banyak bg komen dan mainkan isu ini ialah media arus perdana. mereka mengambil kesempatan dari statements 2 TG kita.
    kita sebagai pendokong parti tak harus mengikut rentak lawan...Tn Hj mustapha ali dah bg komen sikit. bagi saya itu sesuatu yg positif. apa kata huzaifah bg komen berasaskan statement oleh mustapha ali...

    ReplyDelete
  5. Ibn Said, terima kasih...

    Saya pernah berkerja dalam Harakah, saya rasa saya kenal 'lebih sedikit' dengan kepimpinan PAS. Saya hormati mereka dan saya sanjungi mereka.

    Namun, saya rasa kita ahli bawahan merasa 'perit' dengan setiap tindak-tanduk kepimpinan kita. Sebab itu pepatah Arab ada menyatakan, 'kesalahan kecil bagi orang awam kecil kesannya; tapi tidak kepada orang yang besar'.

    Mengenai statement Cikgu Pa, saya raikan. Memang pun dalam jamaah kita kena berhati-hati dengan permainan musuh.

    Sebenarnya, PR berada dalam kondisi yang 'fragile'. Sebab itu kepimpinan semua parti, baik PAS, DAP dan PKR kena berhati-hati dalam menyatakan minda mereka dalam sesuatu itu.

    Ya, namun dalam hal ini, saya bukanlah bersifat 'menyebelahi' TG Nik Aziz dan 'menentang' TG Hj Hadi. Saya hanya menyatakan pendirian saya secara personal.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. Saya dapati saudara amat rapat dgn pimpinan dan jama'ah melalui pengalaman saudara terdahulu.
    jika timbul isu sebegini(unity gov)yg kita belum mendapat penjelasan dan berpotensi diambil kesempatan oleh pihak lawan, saya rasa baik kita pendamkan dulu. Tindakan saudara menyiarkan artikel 'Gerakan Islam Seperti PAS kena belajar dari sejarah' seolah-olah membuka ruang utk org menyerang jama'ah dan pimpinan. Blog perak express dah menyiarkan artikel saudara itu dan responnya cukup memedihkan. tapi macam mana pon itu kebebasan menyatakan pendapat dan saya hormati kebebasan saudara.

    ReplyDelete
  7. "isu unity govt berpotensi diambil kesempatan oleh pihak lawan".

    soalan 1 - siapa yang menimbulkan isu?
    soalan 2 - tidak kaji dulu potensi kesempatan yang akan diambil pihak lawan?
    soalan 3 - kalau tiada, sengaja beri peluang kepada pihak lawan untuk menyerang, menimbulkan kekeliruan?
    soalan 4 - memadaikah keluarkan isu lepas tu nasihat orang bawah waspada dengan ekploitasi pihak lawan?
    soalan 5 - siapa nak kelirukan siapa?
    soalan 6 - siapa sengaja beri peluang kepada pihak lawan menyerang kita?
    soalan 7 - ucapan siapakah yang ditunggu2 oleh pihak lawan untuk diekploitasi, pemimpin atau bawahan?
    saya dah mual dengan ucapan2 supaya kita berwaspada dengan mainan pihak lawan sedangkan pencetus isu adalah orang yang sama meminta kita berwaspada?

    hussin abdaziz

    ReplyDelete
  8. Salam Ibn Said,

    Pengalaman lalu mengajar kita agar lebih berwaspada. Malas rasanya nak mengungkit segala kesilapan, tapi jika sdr rajin melihat sejarah...ini semua adalah pengulangan yang memenatkan kita ahli-ahli bawahan.

    Lagipun, siapalah kita untuk memberi teguran. Saluran jamaah selalunya bukanlah terlalu kuat, melainkan sdr memiliki 'kabel' tertentu yang mampu menyentak kealpaan! Mungkin Sdr Salahudin Ayub mampu memberikan sedikit kejernihan, agaknyalah kkot.

    Hussin, i'm really aggree with you...

    ReplyDelete
  9. pada pandangan saya, itu taktik politik TG hj Hadi. Bila ia disambut oleh media UMNO, menampakkan amat berharapnya UMNO utk bergabung dgn PAS, sekaligus menampakkan kelemahan UMNO yg sedang mereput. tapi ingatlah ketokohan Hj hadi berpolitik jgn sesekali diragui.
    Para penyokong pembangkang tak boleh ke tunggu sekejap...dengar penjelasan dari tuan punya idea.
    Biar UMNO melompat udah le...kita jgn melompat sekali. berpolitik kena byk bersabar wahai saudara hussin dan saudara Huzaifah.

    ReplyDelete
  10. Pejuang Islam kena bersabar dan jgn gelojoh dan jgn terlalu beremosi. dgr dulu penjelasan baru buat komen.
    Idea yg dicadangkan ini utk kepentingan rakyat semata dlm suasana ekonomi dan politik yg tidak menentu. perkara ini perlu kpd satu jln keluar, jadi TG hj hadi melontarkan idea ini utk difikirkan, dikaji dan dipertimbangkan oleh semua pihak. Ianya belum pernah terjadi dlm sejarah kerjasama politik M'sia, jadi kita tak boleh sandarkan pada mana-mana peristiwa sejarah. Ia tidak bermaksud Pakatan menyertai BN atau sebaliknya, tetapi ia suatu cetusan idea bertujuan utk menghadapi kemelut ekonomi dunia dan cabaran perpaduan dlm negara yg amat rapuh sekarang ini. Semua ini utk mewujudkan suatu negara yg aman sejahtera 'baldatun taiyyibatun wa rabbun ghapur'
    mungkin dgn idea ini nanti akan kita saksikan tiadanya pihak pembangkang dlm parlimen kerana semua pihak akan bersatu suara dan masing2 ada modal dan saham dlm kerajaan yg ditubuhkan.
    Mungkin ada kesempatan saya akan ulaskan lg lepas ni...ada urusan dunia yg perlu dibereskan dulu.
    Ini hanya gabungan idea dan pendapat melalui pemikiran dan pembacaan saya yg tidak seberapa ini , tapi kuat memegang prinsip wala' dlm berjema'ah. melihat sesuatu dgn sikap positif, kecuali kemudiannya didapati sebaliknya.
    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  11. Salam Ibn Said, panjang ulasan sdr. Saya ngucapkan terima kasih. Okaylah, kita tunggulah apa penjelasan daripada Hj Hadi (event, many people roughly could predicted what will he say later...) Cuma lain kali, sebelum TGHH mengeluarkan opinion, he could discuss it first with syura or any comittee, tidaklah jadi riuh lagu ni. Penat kita orang bawah nak terang kat pengundi yang dulunya ngundi kita atas dasar simpati...

    ReplyDelete
  12. betul lah tu saudara huzaifah. penat gak nak jelaskan kat org yg tak faham. tapi saya ambil pendekatan positif thinking dulu...mungkin kita melihat isu ini dari sudut berbeza

    ReplyDelete