Saturday, March 7, 2009

Nasib malang pejuang bahasa?

Let’s clap our hand and let the mind-clamp for FRU

Allah SWT menciptakan akal bagi manusia supaya boleh berfikir. Boleh menimbang baik dan buruk. Bukan mengikut secara semberono. Tidak seperti Hang Tuah yang sanggup terojun ke dalam kubang najis semata-mata mahu menyelamatkan kuda Tezi milik putera raja.

Apabila FRU bertindak sesuka hati, menembak gas pemedih mata hingga masuk ke dalam masjid, menyembur air berasid ikut suka tanpa memperdulikan siapa yang kena, sama ada pakcik tua atau adik kecil...tidakkah itu mencerminkan kebebalan mereka?

Inilah polis di Malaysia khasnya FRU. Sebab itu, tidak hairanlah ada kalangan demonstran yang terlalu jengkel dengan FRU dan menggelar mereka ’anjing.’

Dan petang tadi, setelah penat menembak gas pemedih mata dan menyiram air asid di perkarangan Masjid Negara, para peserta demo aman Gerakan Mansuhkan PPSMI telah bersama-sama berpakat memberikan tepukan gemuruh kepada FRU. Sementara itu, harapnya di sebelah FRU pula...mereka dapat berfikir, apakah makna di sebalik tepukan gemuruh itu!

Saya juga tersentuh dengan ulasan ringkas Datuk A. Samad Said: ”Rupa-rupanya, inilah caranya (jalan) bagi menyelamatkan bahasa (Melayu) kita.”

Cuma saya agak terkilan, kerana pemimpin daripada kalangan bukan Melayu nampak sedikit terpinggir dalam isu ini. Andai mereka dapat sama-sama menggembelengkan tenaga, alangkah indahnya.

Mendengar beberapa ulasan sahabat semasa berhenti rehat dalam acara demo, mereka membayangkan bahawa setiap tekanan daripada kerajaan, khususnya dengan penggunaan polis secara keterlaluan, semuanya akan memberikan kesan positif kepada rakyat Malaysia.

Semakin ditekan, bermakna semakin kuatlah rakyat menuntut perubahan!

Seorang ’abang’ dari kalangan demonstran juga bersemangat menyatakan, kita beri mereka tempoh 30 hari; andai tiada perubahan maka kita akan berhimpun lagi...kali ini Himpunan Sejuta Rakyat pula!

Seorang lelaki berdarah kepalanya. Apabila ditanya, dia terlanggar besi semasa menyelamatkan diri daripada senjata FRU. Kasihan...itulah nasib seorang anak muda yang sayangkan bahasanya.

Dalam perjalanan pulang, saya turut menyaksikan anak-anak kecil turut dibawa ke lokasi demo. Kaum ibu itu kelihatan tabah sekali. Saya membayangkan, takkanlah mereka datang untuk membuat kacau. Sebaliknya, provokasi polislah pencetus amarah rakyat.

Semuanya asyik bertanya...sampai bilakah semua ini?

Jawapan saya...ia bergantung pada diri sendiri. Jika kita berusaha menamatkan kejahatan mereka, maka ia akan berjaya. Tetapi, jika kita sendiri tiada usaha mengubahnya...ia mungkin sedikit lambat mengecapi kejayaannya. Yang penting...jangan jadikan diri sebagai si malang kerana kesilapan kecil yang engan diperbetulkan.

3 comments:

  1. maaf.. penulisan anda telah dimasukkn ke blog satuumat.. http://satuumat.blogspot.com/2009/03/nasib-pejuang-bahasa.html

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Kita kena tentang PPSMI walaupun dia berjaya sekalipun kerana ia menghapuskan tamadun Melayu dalam sains dan matematik. Hanya bangsa yang malas sahaja tidak mahu menyerap ilmu dan tamadun lain dalam bahasa ibunda mereka sendiri.. Biar susah tapi bermakna bangsa kita ada inovasi dan sumbang kepada dunia yang pelbagai bahasa ini.

    ReplyDelete
  3. Nak tau, saya di kelilingi oleh ramai veteran umno, mereka ni memang pandai berbahasa Inggeris, kalah kita yeop.

    Deme tu tau teman ni penyokong kuat PR, deme perli teman...tau ape teman buat, teman bantai speaking dengan puak-puak ni...

    Ha! Baru deme tu tau, kita bukan tentang Bahasa Inggeris ni bute-bute...kita bukan benci tak ketahuan...kita pun boleh speaking ape...cuma kita tentang atas sifat ia sudah bercanggah dasar dan menjahanamkan nasib dan masa hadapan anak Melayu...

    Jangan bedo'oh le...anak-anak orang Umno ni pun bukan le pande sangat pun...tumpo juge!!!

    ReplyDelete