Saturday, March 21, 2009

PAS parti juga jamaah: Kena belajar cara rasulullah…


Apabila saya membuat posting ’PAS kena belajar daripada sejarah’, ramai yang memberikan pendapat (klik di http://perakexpress.com/). Saya bersifat ’open’ walau ada yang tuduh saya ’mengarut’ dengan menghasilkan penulisan berkenaan.

Saya tidak tahu orang lain, tapi saya pernah melalui marhalah tarbiyyah yang dilagang oleh PAS. Setiap orang dalam PAS, yang diiktiraf sebagai jamaah Islam atau Harakah Islam, mesti meletakkan diri di bawah jamaah. Ketaatan kepada jamaah yang meletakkan al-Quran, al-Hadis, Ijmak dan Qiyas sebagai induk perundangan.

Dalam PAS memang ada konsep wala’, iaitu ketaatan. Ahli mesti mentaati pemimpin. Pemimpin pula mesti mentaati Allah dan rasul. Dalam konteks inilah, Presiden ataupun Mursyidul Am PAS sendiri tertakluk kepada Allah dan Rasul.

Al-Quran dan as-Sunnah menjadi tali pengikat ketaatan mereka. Jika kepimpinan sendiri tidak mentaati al-Quran dan as-Sunnah, maka ahli berhak mempertikaikan mereka. Justertu itulah, dalam PAS bukan seorang dua pemimpin yang lari dari landasan perjuangan, ’terkeluar’ tanpa ditangisi pun oleh majoriti ahli PAS.

Apa yang berlaku kepada Hj Nakahie Ahmad bahkan kepada Datuk Asri Muda, adalah bukti nyata. Ahli-ahli PAS yang meletakkan pra-syarat ketaatan kepada al-Quran was sunnah tidak akan mentaati pemimpin yang engkar dan tersasar.

Hari ini, kita berhadapan dengan isu-isu baharu yang sebenarnya sudah dilalui pun sebelum ini, sama ada oleh batang tubuh PAS sendiri ataupun harakah Islam yang lain di dunia ini.

Ramai juga ahli dan pemimpin PAS yang menjadikan Ikhwanul Muslimun di Mesir sebagai idola, namun jangan lupa...mereka antara gerakan Islam yang ditindas begitu teruk oleh rejim sekular. Saya hanya ingin menanyakan satu soalan, bolehkah gerakan Islam mempercayai rejim sekular?

Hamas di Palestin pernah memeterai persefahaman dengan Fatah @ PLO, namun apa kesudahannya? Hamas ditindas lagi dan lagi oleh PLO yang lebih disenangi oleh US, kerana ke’sekural’an mereka.

Juga saya ingin mengajak anda meneropong ke Indonesia, di sana juga wujud gerakan Islam yang mahu syariah terlaksana 100%. GAM misalnya, namun pasca perjanjian dengan kerajaan yang ada, yang meletakkan Panca Sila sebagai asas negara, apa perkembangan Acheh sekarang? Sudahkah ia benar-benar menjadi darul Islam sebagaimana yang diidam-idamkan oleh pengasasnya dahulu?


Sebab itu PAS (pemimpin dan ahli) kena studi cara rasulullah melagang perjuangan...semua ini tertulis dalam kitab seerah karangan Hj. Hadi...dan saya yakin beliau takkan melupakannya.

Dan saya bukanlah terlalu pesimis dengan inisiatif cetusan Hj Hadi ini. Saya yakin, beliau pasti sudah membuat kajian, renungan bahkan istikharah dalam memberikan pandangan. Namun, PAS adalah jamaah Islam. Ia bukan berdiri dengan kekuatan seorang; tetapi semua ahlinya.

Maka, di sinilah rasionalnya kenyataan Nik Aziz sebagaimana yang diuar-uarkannya sebelum ini.

Wallahua’lam!

2 comments:

  1. saudara Huzaifah...
    tarbiyah yg telah saudara lalui dari PAS sepatutnya saudara lebih faham ttg:
    1) wala' kpd pemimpin. kita bukan taksub pd pemimpin, mereka datang dan pergi. yg penting dasar dan prinsip yg menjadi tunjang kekuatan Pas. Bila kita memberi wala' kpd pemimpin, maknanya kita yakin dgn mereka. setiap keputusan atau cadangan yg disuarakan mesti ada hikmahnya yg mungkin kita di bawah tidak nampak.
    2)konteks politik di malaysia yg berbeza dgn negara lain. Saya setuju kita mesti mengikut teladan Rasulullah dan itu mmg menjadi dasar kita. Medan dan medium dakwah kita tak boleh disamakan dgn di Mesir, Indonesia, Palestin dan sbgnya walaupon matlamat kita sama.kita kena faham waqi' di M'sia
    3)perbezaan pendapat dlm jama'ah amat diraikan. Masing2 ada sebab dan hujah tersendiri. sudut pandangan mungkin berbeza tetapi semuanya utk kebaikan jama'ah.
    wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  2. Ibn Said, ana setuju dengan apa yang anta nukilkan, sebab itulah Datuk Abu Bakar Chik pernah menegaskan: Raikan wake Malaysia dengan pendekatan Malaysia; bukannya negara luar.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete