Saturday, March 21, 2009

PKR dalam kegetiran, apa tindakan PAS dan DAP

Saya sebenarnya kasihan kepada PKR. Parti yang amat muda ini sebenarnya, bagaikan tidak begitu bersedia mengisi kemenangan luar jangka. Saya akur bahawa, mengejar kemenangan itu lebih mudah daripada mengisi dan mengekalkannya.

Terkini, kita dikejutkan dengan insiden perletakan jawatan TKM 1, YB Fairus. Sdr Lim Guan Eng mungkin mengetahui hal sebenar di sebalik perletakan jawatan berkenaan, kendatipun Anwar Ibrahim mengatakan Fairus mahu menyambung pengajiannya.

Hmm...Fairus ni bukanlah calangan orang. Beliau bagi saya, sudah pun memiliki wibawa akademik yang tinggi. Memiliki ijazah dalam bidang politik, dua ijazah sarjana dalam bidang pertahanan dan pengurusan strategik dari UK serta sijil syariah...isk...isk...this is not play-play, apa lagi yang kurang?

Saya terbaca satu artikel di the Malaysian Insider, ringkasnya tulisan berkenaan menyingung situasi kurang menentu dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah berpunca dari PKR.

Saya tidak mempercayai artikel ini 100%. Ia mungkin salah satu sebab, tapi bukan dominan. Faktor ’tekanan’ BN juga amat besar.

Namun, pahit disebut tapi ia menjadi ubat bagi PR, bahawa sesuatu yang really constructive should be taken to strengthen PKR. Sosok Anwar memang sudah berwibawa, tetapi mereka yang lain.

Oleh itu, apakah role yang boleh dimainkan oleh sahabat-sahabat PR, iaitu DAP dan PAS? Takkanlah sekadar melihat sahaja. Maka, berilah bimbingan dan nasihat.

Sementara itu, PKR kena bersifat lapang dada dan menerima penambah baikan yang dibawa. Memang ia agak menyakitkan; tetapi penting demi kebaikan semua.

Wallahua’lam.

2 comments:

  1. PKR tidak la semuda yg disangka... keADILan memang muda tapi PRM sudah lama.. maka pengalaman muda + org lama... cume mungkin tidak sematang PAS, tapi lebih bijak dari UMNO yg berusia 50++

    ReplyDelete
  2. Salam Baginda,

    Memang usia PKR taklah muda, sebab PRM @ PSRM itu parti lama...

    Cuma dari aspek lain, kebanyak tenaga penggerak dalam PKR hari ini masih dilihat muda, jika mereka berasal dari Umno pun, dulu mereka tak belajar menerima tekanan sehebat PRM, DAP atau PAS...

    Tapi tak palah, tok sah buang masa dengan isu ini...

    Saya tgh sedih...Harakah dan Keadilan digantung permit ni!

    ReplyDelete