Wednesday, April 1, 2009

Mahathirisme kembali?

Sekonyong-konyongnya, Mahathir pun kembali ke ‘pangkuan’ Umno, berdiri di antara Najib dan Pak Lah dan mengangkat tangan bersama-sama. Ramai pemerhati mengandaikan, mungkin inilah titik permulaan ‘re-mahathirisme’ dalam Umno.

Najib…ah…apa ada pada batang tubuhnya yang bersalut pelbagai skandal itu. Sebab itu, ada akhbar membesarkan isu ‘kembali’nya Dr Mahathir sebagai ‘ubat kuat’ yang akan memberikan daya tahan dan rangsangan baharu kepada Umno.

Kelakar saya…Mahathir yang sudah reput di sana-sini itu pun Umno nak berpaut juga. Biarlah…elok juga, nanti mereka akan rebah bersama-sama.

Apa Mahathir begitu ‘suci’ bagaikan ‘wali’ sehingga Umno begitu yakin untuk menumpang ‘auranya’? Bagi saya, terlalu banyak DOSA Mahathir kepada rakyat. Ingat, PPSMI adalah buah tangan Mahathir. Mata lebam Anwar, tuduhan fitnah liwat dan sebagainya, angkara Mahathir. Mahathir sebenarnya menjadi beban yang tak mampu untuk ditanggung lagi oleh rakyat Malaysia.

Ada orang memberikan harapan, kononnya zaman Mahathir-lah Malaysia mencapai zaman ‘kegemilangannya.’ Maka, jika Mahathir kembali, ia akan ‘mengembalikan’ semua ‘nostalgia’ itu.

Tapi kita semua, khususnya mereka ‘para penggila’ Mahathir jangan lupa, itu senario sepuluh tahun lalu. Ketika mana kesedaran rakyat terhadap penyelewengan kuasa oleh BN masih rendah. Kala itu juga, rakyat masih mempercayai pelbagai pembohongan BN. Kini, semuanya sudah berubah. Rakyat sudah sedar, Malaysia ini terlalu kaya dan sepatutnya juga rakyat mendapat lebih banyak manfaat jika kerajaan yang ada tidak menyeleweng dan korup.

Dengan ketirisan ratusan juta bahkan billionan ringgit, maka rakyat yang menanggung derita. Harga minyak petrol yang sepatutnya rendah tetapi tetap tinggi. Harga minyak masak yang patutnya rendah pun, tinggi juga. Apa yang rendah…yang rendah ialah ‘rasa tanggungjawab kerajaan BN kepada rakyat’, dan mereka sentiasa ‘memandang rendah keupayaan rakyat.’

Akibat sifat memandang rendah kepada rakyat inilah, maka rakyat bangun memberikan ingatan. Sayangnya, Umno dan BN memang tidak mampu membuang perangai huduh dan bodoh-sombong mereka, maka mereka tetap merendahkan rakyat. Buktinya, rampasan kuasa di Perak, penggantungan Harakah dan Suara KeAdilan, penafian kuasa speaker DUN Perak, penafian hak kerajaan negeri Selangor dalam isu air dan sebagainya.

Ah…Rakyat sudah muak dengan sikap bodoh-sombong dan berlagak Umno dan BN. Maka, ambillah sesiapa sahaja, hatta 100 orang Mahathir, namun rakyat sudah PANDAI membuat penilaian.

Mahathir boleh datang dengan 1001 perancangan; tetapi jangan lupa perancangan Tuhan ke atas dirinya. Sebijak-bijak Mahathir, dia pun pernah ‘terkincit’ dibelasah rakyat semasa Reformasi 1990-an dahulu. Mujurlah ada polis dan FRU…buat mendodoikannya hingga terlena!

2 comments:

  1. tapi amno mudah lupa hehehehe liabiliti pada nama mahathir tu masih melekat. hanya peminat mahathir dlm amno saja memuja dia. hakikatnya dlm amno sendiri ramai tak suka pada dia.

    mahathir pencen dulu kerana dia tahu dia jadi liabiliti pada mano dan beend. mungkin kerana blog chedet tersangat popular dia fikir nama mahathir itu kembali menjadi pujaan hehehehe

    yg dia tak sedar melayu bukan amno dan bangsa lain masih menaruh rasa meluat dan benci dari tindakan dia yg lampau. rasa meluat itu terus menebal setiap kali beliau membuka mulut atau menaip membelasah paklah tapi dlm masa sama menjilat si najib.

    ReplyDelete
  2. Paloi, Melayu yang dimaksudkan oleh Mahathir ialah Orang2 Umno, depa memang pelupa, nak-nak lagi bila diumpan dengan projek...memang eloklah Mahathir kembali ke pangkuan Umno, ia akan mempercepatkan jasad Umno mereput dan menjadi sejarah di arkib negara...he...he...

    ReplyDelete